April 12, 2011

Movie Review : Cun.!





siapa dah tengok movie Cun..??
saya! :D

movie: Cun
pelakon: Remy Ishak, Maya Karin, Faezah Elai, Kartina Aziz etc.
genre: Umum.

actually i didn't have any expectation for the movie.
sebelum ni jarang tengok filem melayu selepas kecewa besar dengan I'm Not Single suatu masa dulu, jarang layan filem melayu until Adnan Sempit, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Hikayat Merong Mahawangsa yang umumnya superb mengikut cara masing-masing.

so bila kapten tarzan ajak tengok movie ni, i just give it a try lepas baca review dekat page TGV. heheh.
but but but.... cerita ni very nice. kenapa i cakap begitu?? mari kita kaji.....

Sinopsis:
menceritakan tentang seorang artis Luna Latisha [maya karin] yang pulang ke kampung dengan PA nye [faizah elai] yg terletak di kedah. di sini dia berkenalan dengan seorang mamat kampung [remy ishak].
typical. ending pun typical.
bab jalan cerita for me rasanya biasa2 je.

Penghayatan watak:
Remy Ishak [Atan] is verrrry good!! memang watak mamat kampung kerja bendang tu cukup convincing.! salute sangat dia berbahasa kedah memang i sebagai orang kedah kagum pada loghat dia.
tak la pelik dan beria2 macam certain artis kalau berlakon until orang kedah dengar macam nak cakap,, "woi dah2 la hang cakap pa macam siam, huduh sangat aih!! merosak bahasa orang ja!"
Faizah Elai pun sangat bagus, dia memang orang utara so it is expected. tapi emotion dia very good, dia dengan remy banyak gunakan term2 yang orang kedah pure je akan guna, yang kalau tengok movie2 lain yg cakap bahasa kedah or utara memang takdak la..
Adik Atan si manis pun bagus.. pendek kata satu family depa orang kedah tu memang menjadi.
yang kurengg sikit adalah watak Luna Latisha sebab slang maya still lagi dapat dengar ada foreign accent.

Lokasi Penggambaran: [err betoi ka eja penggambaran camni??]
kampung mata ayer. nice scenery..
i hanya kenal tempat mata ayer di perlis.. so this is new for me.
tapi waktu awal2 permulaan movie tu dia tunjuk Gunung Keriang, which is dekat dengan my hometown.. me and kapten tarzan wahh teruja tengok tempat kita pernah membesar sama-sama waktu zaman sekolah. heheh. dan rupanya banyak kali tempat yang masih belom pernah me or him pergi bila tengok movie ni.
rasa macam isk lempang diri sendiri la nama orang kedah tapi tak pernah sampai pun tempat2 tu.


Conclusion:
rasanya ni movie yang bila menggunakan pendekatan loghat utara am nya dan kedah spesifiknya, yang paling near-to-natural.
cerita romantik ringan yang boleh layannn..


ayat yg paling layan... "hang beruk mak yei!!"
hahahaha!!!

p.s. jangan tanya beruk mak yei tu apa, susah nak jawab tuh...

No comments: