Showing posts with label life is. Show all posts
Showing posts with label life is. Show all posts

April 19, 2011

March 29, 2011

as Confucius says...


“It does not matter how slow you go so long as you do not stop.”


Wisdom of Confucius




blogger-emoticon.blogspot.com

good day, mate!

May 14, 2010

Relationship with military's people; the part that people don't seem to understand.


fact 1
there is no certainty.
relationship ini tak macam other usual relationship.
yg cakap nak jupe esok, lusa, mggu depan.. ko confirm bule jumpe. jarang2 sangat bila ko da bersiap2 nak jumpe suddenly dapat call/msg cakap tak dapat leave. or kne standy-bed. tp bagi kami2, itu expectable. always.

fact 2
being near enough doesn't guarantee of seeing, hearing or even text-ing between the two of you.
masih ingat masa belajar dulu, dari Serdang ke Sg Besi kalau naek tren satu stesen pon tak sampai, tapi nak dpt jumpa tu bule dikira dgn jari.
kalau other relation, ko takkan ada moment kne end conversation sebab dia itu ada 'baris', or hesitate nak cakap lewat2 sebab setiap pagi pukul 5.30 dia da kena lenjan kat padang, physical training pagi.
so ada masanya ko harap dia sebenarnya kerja di laut luas, mau pon di luar malaysia. coz unreachable will always mean literally unreachable.

fact 3
masuk kerja tentera tak sama dengan masuk kerja civilian.
after pertauliahan.. perkara 'Masuk Unit' (lebih kurang masuk kerja) tu tak seindah orang2 laen yg baru masuk kerja. in fact, mungkin tu la saat bermula nightmare ko.
untuk sama2 bertahan and be tough enough to expect hearing nothing for months, not seeing for months.. yg ko harap cuma lah dia dapat survive the pain. survive hari2 tanpa tido. semoga dia tak absent tugas. semoga dia cepat2 dapat habiskan kursus2 induksi ketenteraan. untuk sekurang2 nya setahun, ko kena menjalani hidup gembira tanpa dia, and u mean the happiness. or else dia akan rasa helpless and torn for not being able to b around you, sedangkan benda yg patot ada dlm kepala dia hanya lah pastikan prestasi bagus, pastikan no mistake.

fact 4
you don't have the full control towards your future/relationship. coz the officers have it, too.
di kala semua orang bule take charge of their own future plan, apa ko rasa kalau higher officer tanya 'bila ko agak2 nak kawen?' and bila partner ko jawab, dia bule kata 'u just forget bout it'.
ko rasa nak meroyan? nak jerit2? sebab kenapa org laen ada power towards ko punya future??
ade x org laen yg bila ko masuk kerja, pastu boss ko kate macam tu? pehal pulak kan..
work is work..personal is personal. but not in military. coz your personal CAN influence your working performance.
ko faham tak, kadang2 the fact tak bule kawen bukan sebab tak nak tapi memang tak bule.
ko tau tak, selain interview n kursus nikah.. kami2 perlu berdoa agar si dia itu lulus interview n permission dari officer.

fact 5
we do know that other people don't understand, but we also know it is always not easy to make them understand.
kerana bila kami cuba terangkan, bila ada respons yg kami dapat, "susahnya... kenapa tak cari je org laen?" kami tau mereka tak faham... :)



walaupun da 4 tahun im being an army's lady, maseh banyak yg aku perlu belajar dan perlu faham. kadang2 aku pon macam orang laen, slip-off tapi i'm getting better in time. aku hope people out there dapat clearer view of why we people are slightly different.
we are just as same as other relations.. we aren't any better, we just learn how to be tougher.


but we're willing to go through; because that's the man that we love.
for better, or for worse.



Military Quotes




note: thanx to blogger of OurLoveEternity for sharing with me bout how is the expectable condition of Kapt.Tarzan sekarang.
the blogger..such a tough lady, she is. dahla dia army, lepas tu husband pulak orang kapal. mmg salute!

April 24, 2010

Life Issue: Aku beli pengajaran pasal hidup dengan harga rm3.50.

(cubaan untuk menulis dalam bahasa melayu sepenuhnya sempena minggu bahasa melayu yang aku reka sendiri. oke.)

2 hari lepas balik sekola je terus amek mummy dengan angah pegi hospital. kalau ikotkan tahap malas ni nak je aku tido tapi sebab parking kete pon amatlah payah nak dapat dekat hospital tuanku jaafar tu, jadinye lepas turunkan mum depan hospital aku pon gerak la pegi cari kat mane aku bule rehat kejap sementara tunggu diorang. lapar tu jangan nak cakapla,, kat sekolah makan tak menentu. nasib aku baik, dapat 'park' keta tepi jalan depan hospital.. tak payah nak pusing 4,5,6 kali sebelum mummy siap urusan dia.
depan keta aku ada pakcik penjaja naik moto roda tiga berniaga buah-buahan dengan air. haihh rasa bahagia sangat sebab aku tengah lapar gila...

aku: buah ni sebungkus brape?
pakcik: seringgit.
dalam hati aku... "wahh! murah nih..beli dua lah!" hehe..
aku: pakcik kasik jambu dgn sengkuang eh. air yg ni je ade? *sambil perhatikan air2 tin*
pakcik: yang ni saja. banyak habis, hari ni pon nak balik awal... ada kenduri aqiqah anak.
aku: owh anak pakcik dah berapa hari?
pakcik: sebulan dah..

lepas siap2 beli aku pon masuk dalam kete, bukak air tin, amek novel Amy Tan kat belakang pastu makan buah sambil baca novel. pergh bahagianya hidup...
sebab panas sangat, aku berhenti baca.
aku tengok pakcik tu tengah kemas2 barang dia, pastu lap2 peluh.. lama jugak la dia berkemas sebelum gerak. timbul pulak rasa kasihan tengok orang terpaksa bersusah payah nak cari rezeki.
bila dipikirkan.. berapa sangatlah yg dia dapat dalam sehari kerja bawah panas. kalu aku la kannnnn..adess...
pastu aku tengok lagi..
mesti awal pagi bini dia tolong kupas, potong buah2..
ntah2 kerja ni saja sumber rezeki untuk satu keluarga ni.
pakcik tu mualaf, kenapa mualaf susah dapat kerja ke? atau mungkin pakcik tu takde kelulusan tinggi.
haihh kasihannya hidup.. *waktu tu mula la elmo semacam..aku takbule sket benda2 mcm ni. +_+ **

tapi pastu aku pikir balik, kenapa aku perlu kasihan pada dia??
dia cari rezeki halal utk keluarga dgn cara dia sendiri. dengan cara yg dia mampu.
hidup tak semestinya berjalan macam yg aku nak, mcm yg dia nak. tapi aku masih perlu hidup, dan pakcik tu jugak perlu menjalani hidup dia.
awal2 tadi aku malas sangat nak pergi hospital, tapi lepas jumpa pakcik tu aku rasa ada hikmahnya jugak aku pergi.. walaupun tak banyak tapi sekurangnya rezeki pakcik tu pada hari tu lebih sikit.

hidup aku ni bukannya mewah gila, tapi mungkin selama ni aku tak sedar yg hidup aku ni selesa.
aku tak tau kalau2 aku mampu ke tak hidup susah macam pakcik tu.
macam mn kalau aku tak bekerja dan satu hari nanti punyai suami yg terpaksa bekerja keras macam pakcik tu,, banyak benda yg perlu dikorbankan.
mungkin baju2 baru hanya dibeli masa perayaan. mungkin makanan macam Kfc McD semua tu jarang2 sekali dapat jamah.


aku beli air dan buah dgn harga rm3.50, tapi aku dapat kesedaran tentang hidup sebagai hadiah...~

January 12, 2010

angan-angan aku pasal hidup yg simple.


hai.
semua orang mesti ada angan-angan pasal life kan. apa yg kau nak, apa yg kau jangka kau akan dapat.
kete besar.
gaji besar.
umah besar.
makan besar.
pangkat besar.
semua besar2 lah.
rakyat msia suka yg besar2 semuanya.
laki besar? bini besar?? hahaha.
biasalah tu. semua orang harap dapat pegi ke tahap yg lebih baek dalam life.
tapi untuk sampai ke tahap segala-gala yg besar tu, banyak benda kena buat and kena sacrifice.

aku pon macam tu la.
walau nak jadi surirumahtangga pon aku nak at least aku pegang degree.
uh jangan tanyala kenapa nak jadi surirumahtangga, itu cita2 ideal aku oke.
duduk rumah mendidik anak, di waktu petang berkebun tanam bunga rose and tunggu laki balik keja. and hidang ayaq oren.

bila pikir pasal self-indulgence pulak, terus rasa kena lah keja. supaya dapat beli apa aku mau tanpa perlu bergantung kat org laen, bulan2 dapat bg duet kt mak bapak and so on.
lagi pon lelaki sekarang seboleh-boleh nak isteri keja. kan? bule share household expense katanyaa..

kadang2, aku rasa cukup2 lah setakat yg ada.
kadang2 aku teringin nak jadi average people yg mampu n mudah berpuas hati dgn life. *bukan mudah manusia nak berpuas hati dgn life*.

aku nak jadi macam perempuan yg abeh Spm tak payah pikir2 nak sambung belajar lagi, terjupe dengan lelaki kerja biasa2.. dah rasa suka.
then cinta2, dating pegi makan sama2 wktu petang.. yg aku rs sayang and selesa lepas tu kawen lah. u know lelaki biasa2 ni tak serabut nak enjoy life lama2, jugak mudah berpuashati dgn life.
takde nak pikir oh kite tak bule kawen lg i perlu ada umah besar, keta, duit byk dlm asb/bank etc. etc.
pd pengamatan aku la orang biasa2 lg faham duit banyak mana kau cari pon tetap tak cukup.
lepas kawen akan ada anak baby yg tembam yg bila weekend bule bawak pegi jalan2 kat tesco ke apa ke, and makan2 dkt foodcourt.
mungkin tak mampu nak membeli2 selalu tapi maseh bole hidop.

hidop tak orang2 mcm ni, orang yg tak blaja tinggi2, gaji besar2??
hidop je. beranak pinak jugak...
tak perlu duit ribu2, keta honda civic. paling penting-- bahagia jugakk...
orang yg takde keta, terpaksa bersesak-sesak anak kecik 4,5orang naek bas.. bahagia tak???
bahagia jugak...
jangan cakap pasal susah payah, itu sedia maklum. aku tengah cakap pasal perasaan bahagia.


hidup simple ni cuma angan-angan.
bagi aku.
angan-angan yg aku sungguh cemburu.
coz aku tak berada dalam keadaan simple macam tu.




Note:: perasaan yg wujud tatkala ternampak satu family mak pakai t-shirt n jeans umor awal 20-an pegang baby sambil makan di giant. bapak kelihatan seperti org biasa juga masih muda tgh sorong troli beli barangan dari giant. tak nampak macam org berada, tapi nampak org yg berpuas hati dgn hidop.
manakala aku di pertengahan umor 20-an masih struggle pasal menghabiskan pelajaran. sigh.

December 01, 2009

kalau LOVE, maknanya bersedia untuk HURT.



bila kita sayang orang, kita nak semua yg best2.
mana ada orang nak rasa sakit, kan?
semalam kawan aku bagitau dia call-it-off her engagement.
aku tak surprise, sebab daripada waktu dia engage.. dia memang dalam dilemma. nak memilih org yg dah lama bersama, atau pon yg lagi sorang.
aku just surprise how strong the power of the love, sampai dia berani dan sanggup amek keputusan yg besar macam tu. good for her, coz family dia really supportive.
tapi, dia pon tak terlepas dari rasa HURT tu.
in her message, she said:

"it hurts... but it really nice..."


and perhaps secara kebetulan, semalam ramai yg in touch dgn aku, bercakap pasal loving and hurting.

message from someone who has been hurt by:
"I ni skrg mcm mayat. tak rasa apa dah. cinta tak akan exist whole my life. '
at least u pls marry sumone tat u love."


another someone who is also in agony of love:
"sriously sis, *** dah tak berani nak taking any risk anymore. :((
it hurts me so much.
i was trying sooooo hard to be stronger than before. :(("


message from someone who thought of had hurt. me. :
" i never meant to start a war. i never meant to hurt u."


message from someone who had hurt. me. before. :
"Nobodys gona hurt u in purpose.
its been all about chemistry, action, reaction, n timing."


after last message cakap pasal hurt tu, oke i got enough of HURT word today.


what say u??
love means hurt.
is that pretty true?

June 10, 2009

Kisah Sebiji Roti Boy ...






Tak sangka sebijik roti boy bule mendatangkan perasaan yg begitu membahagiakan!
hari ni sangat flat....... ditambah lagi dgn aku buat pandai2 sendiri until i dont know how
tapi aku tak dapat nak appear kan photo at the blog title header tu. sangat bengang....

apa yg best sangat dengan roti boy ni?? actually aku nun jauh di utara sana, (im on my holiday) so sangatlah mustahil untuk aku mendapatkan roti feveret aku ni kat sini. of course ramai yg kenal dgn roti ni kan? ala yg rasa coffee on the top with butter inside tuh.. paling aku suka ble fresh from oven tu.. it smells so good! or ade orang yg femiliar dgn Papa Roti? haa rasa lebey kurang je anak dgn bapak roti ni..
coincidently d youngest bro got lawatan sekola and singgah d Klcc.. (aku syak cekgu2 yg bersemangat nak singgah sini! =P) so aku pon d
engan mata yg bersinar-sinar me-request bro aku membeli barang sebijik dua roti tersebut........

bila bangun pagi tadi, dapat makan roti ni.... rasa sungguh bahagia! mesti korang pelik, makan roti ni pon bule rasa camtu ke??
yeap,, ble sungguh takde benda laen yg interesting happens today. hee. *sambil tersengih macam budak rotiboy itu... =D*