November 30, 2009

Ini pemandangan biasa di tandas awam~

Sape memerlukan apa2 perkhidmatan??

Semalam aku p cityplaza, orang aloq staq kenai la tempat ni.

Pahtu aku p toilet, rupanya banyak lagi la keja tak paedah budak2 laa ni dok buat.

Awat meqela sangat aku pon taktau la. Tak padan dengan pompuan nak tulih benda camni, yala takkan laki pulak yg masuk p tulih kat bilik ayaq pompuan kan??

Tapi sebenaqnya takla pelik sangat….. sebab jamban kat unibersiti aku pon ada jugak tulih benda camni. Hebat lagi kot depa tulih tu..

Sapa tak pecaya sila p jamban lama pompuan dekat Blok BKP.

Kalau yg terpelajaq pon buleh tulih benda macam ni… so kalu setakat di jamban yg masuk kena bayaq dua kupang, apa nak heran, kan???





p.s. aku suka jamban kat jusco midvaley, cantek dan wangiiiiii… siap ada bilik bersolek dgn cermin besaq dgn hair dryer lagii.

Owh yea bule dengaq lagu jugak dalam jamban tu, selesanya…. Hahaha.


November 29, 2009

When boy meets girl.


Boy falls in love,

and girl doesn't.


Bila tengok movie 500days in Summer, tiba2 aku teringat cerita zaman budak2 hingusan dulu.

Zaman2 sekolah.

Aku pernah reject someone juz sebab:

-- Dia smoking.

· D-- Dia sama tinggi dengan aku.

· D-- Dia lagi cerah daripada aku.

Padahal dia memang baek.

Orang first yg cakap ‘I love ur smile’. Speaking of which, he loves something I hate.

Dia selalu kua ‘prep’ awal sebab nak tunggu aku blk, nak sembang2. Tapi aku selalu cepat2 lari. *hello, masa tu aku budak form 4 yg agak naïve. Hee*

Dia buatkan aku cards yg sangat cantek, seriously mmg dia sgt creative. Which is sampai sekarang aku simpan sbb rasa tak sampai hati nak buang.

Letters dia pon creative jugak. And always says words yg aku nak dengar. Err bukan bab2 jiwang2 ye,, tp bab bagi semangat to study.

Dulu, budak2 suka guna perkataan ‘nak kawan’ bagi menggantikan perkataan ‘nak kapel’. Ye aku yg naïve ni anggap orang tu nak kawan la dgn aku, and tak sedar rupa2 nya da kapel ktorg ni. Haha setupid dumb2.

Sebelom pegi masuk training army, mintak tlg bapak poskan surat last utk aku, bg inspiring words sebab aku da nak spm. *pergh sporting sgguh bapak beliau. Huhu*

Happy ending?

No.

We lost contact.

Aku tak kesah, sebab waktu tu aku tak Nampak sume benda2 yg dia da buat tu. Just rasa touching je.

After years,

By fate, we contact back.

Dia leading a gud life, da bergelar kapten pon skrg ni. *fyi, dia bukan kapten tarzan ye.*

Bila aku tengah selongkar barang2 lama yesterday and jupe the cards, terus teringat balik zaman2 dulu.

Pastu terus rasa how ungrateful I was, before. Bila da matured and bule piker sekarang, baru Nampak sume benda as a whole.

Yea, memang rasa macam bodow gile sebab bule reject org sebab dia tu smoking, and LAGI PUTIH…?

Wut de……….

Nonsense gile! Hu-hu.



November 27, 2009

Hey.. Clumsy Pilot!


sekarang,, ramai orang penah menggunakan khidmat kapal terbang utk ke satu2 destinasi.
10-15tahun dulu hanya org yg berpoket tebal saja mampu naek kapal terbang, manakala kebanyakan yg lain hanya mampu memandang dari bawah sambil memasang angan2 yg satu hari nanti mereka akan berada di dalam kapal terbang tersebut.
tapi sejak2 ada airasia ni,, 'everybody can fly'.
cewwah apehal pulak aku bagi tagline kat sini. bajet sedara Tony Fernandes pulakk... =P

takde ahh.. aku nak cite satu story sbenarnya..
okelah meh kita layan story ye!!



Kisah suatu pagi hening di Lcct...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Iman dan Isal mundar-mandir di kawasan airport. dua org kanak2 itu kelihatan teruja. mana tidaknya sekejap je lagi mereka akan menaiki kapal terbang. kelihatan orang ramai berpusu2 utk check-in, jam 5 pagi di lcct kelihatan seperti pukul 12 tghari.

bersama2 mereka ada 3 orang wanita, tapi hanya seorang yg terlibat dalam cerita ini iaitu si baju merah yg kita gelar Cik Bee. Cik Bee seorang wanita muda yg masih single jika dibanding dgn 2orang wanita yg bersama2 dgn beliau.
Isyarat panggilan ke pesawat yg akan berlepas ke Langkawi telah terpampang di skrin.
Cik Bee berjalan laju mendahului ahli rombongannya yg lain. dalam masa yg sama dia memandang pramugari2 yg tersenyum sepanjang jalan. "isk kenapalah aku tak dpt jgk nak jadi pramugari ni", Cik Bee sedikit tidak puas hati kerana sejak kecil dia bercita2 mahu menjadi pramugari, dia berura-ura ingin mentekel abang2 pilot. mahu berkawen dengan kapten, katanya.
Iman dan Isal membontoti Cik Bee, risau kalau2 Cik Bee hilang dari pandangan. Cik Bee dengan anggunnya bergerak menuju ke kapal terbang yg menanti sambil menunggu ahli rombongan yg lain untuk smpai.
tiba2 Cik Bee terlihat sesuatu! ah objek berbaju putih, bertopi hitam sambil menarik beg luggage! sememangnya Cik Bee sangat kenal dengan objek tersebut.
Incek Pilot!
"oh macho nyaaa!!", Cik Bee bersorak dalam hati sambil tersenyum simpul. dari jauh kelihatan incek Pilot tersenyum kepada penumpang2 yg bakal menaiki pesawat tersebut. Cik Bee senyum semanis mungkin, jelas kelihatan beliau cukup teruja dgn kehadiran Incek Pilot.
"haa.. tu la Pilot yg akan bawak kapal terbang ni kejap lagi", Cik Bee bersungguh2 menerangkan kepada Iman dan Isal yg tengah memandang Incek Pilot mendaki tangga ke pesawat. sebaik saja Cik Bee habis menuturkan kata-kata, tiba-tiba Incek Pilot yg dari tadi berperawakan macho dan gagah telah tersadung pada tangga lalu jatuh terjelepok!
Masa seperti terhenti seketika.
Semua penumpang yg berada di bawah memandang Incek Pilot.
Iman dan Isal memandang sesama sendiri dan terus ketawa. merah padamlah muka Incek Pilot yg cepat2 bangun lalu masuk ke dalam pesawat............... hu. hu. hu. (-_-")
dan Cik Bee terus terpegun.



"aiyya... naek tangga saja suda jatuh, kalu lu drive ini kapal haaa.. nati wa talak selamat woooo....."



November 26, 2009

The thinking-closet.


dulu, masa muda2 sket dulu masa time diploma,, aku ada satu habit yg buat aku rasa comfort tp orang laen pulak jd freak-out.
aku suka duduk diam2 dalam almari.
aku akan masuk dalam almari aku ble aku rasa aku too exposed dgn dunia, or bila aku kantoi and rasa nak lari *kalu terjun blok 2 tingkat tu nati sakit pulak kan.*

bila duduk dalam almari tu aku rasa selamat.
aku duduk senyap2, pikir apa yg patot pastu ble rasa macam da dpt solution aku kua la.
aku still ingt ada incident ni,, aku sorang2 kat bilik. masa tu aku tgh bertapa dalam so-called thinking closet aku, then suddenly kawan roommate aku masuk dlm bilik. dia terkejut tengok aku kat dlm almari, muka dia mcm baru telan kapur ble tgk aku pastu cepat2 tutup pintu bilik! hee agaknya dia ingt aku kena histeria ke apa. =P

sejarah
aku start duduk dlm almari ni ble bf aku *skg ni x-bf jela.hee* kantoikan aku. dia guna akak dia punye number n sms dgn aku, so banyakla things yg dia dpt korek. cess masa aku tau tu, terkejut gile dowh.. siap aku lempar henpon sbb terkejut, pastu terus masuk duduk dlm almari dgn harapan sume ini hanyalah mimpi... tehehe.. bongek btol la!

sebab tu antara benda pertama aku cek ble nak stay kat mana2 bilik adalah almari. tapi skg ni, sume almari yg associate dgn aku tak cukup berkualiti utk menampung berat badan kiut aku ni. haih...
sebab tu aku kureng wiser sket skg ni.. sbb da lama tak masuk thinking-closet. *baekk punya alasan. =P*

aku ingat lagi ayat besfren aku,,

miss X : eh bellybutton takde pon dalam bilik dia??
besfren: ye ke... ko da tengok dalam almari???

huhuhu...~~~

err... korang ada thinking-closet macam aku tak???
cepatlaa aku nak buat fan club ni. haha.



November 25, 2009

Hey, im back!


*pose perasan Mahsuri kejap. haha*


dis cuti2,, aku ade snap picca using nikon D5000, tp tak la pandai gle macam freelance photographer. hee.
demi utk me-releven-kan url aku dgn content blog, so entry kali ni aku bagi link utk preview some gamba2 yg d capture masa holidae tu.. sila picit sini



well aku da blk few days ago,, tp pelik lah pas pegi holidae lagi takde mood pulak. hurm.
macam nk tido saja sebulan ni taknak bangun2.

hati rasa bengkak2, tp tak tau kenapa.. sebab apa.. or sebab siapa.


jantung aku ada masalahkah??..






p.s. kan aku da cakap nak sekodeng orang,, tak payah pegi jauh2,, kat hotel tu pon da bule tgk pak2 arab ngan mat2 saleh berjemurannn...heheheh~
(gamba tgh sekodeng di tasek dayang bunting. haha!)


November 21, 2009

..and the evil mind starts to work!!

taddaaa!
heh aku sempat updet lagi eh??
xde ahh.. ni namanya scheduled entry, tak mampu lagik aku nak blogging by henpon, mahai woih.
anyway sekarang aku tgh menyelam kat langkawi sambil skodeng omputih di tepian pantai... ahaha!

nak cekelat dr lgkawi tak??
or..
kaen batek ke??


November 20, 2009

off to Langkawi, again!

hey darling,
i'll be off to langkawi, again!
yea early mownin, tp tix nye pon takde lagi, so esok aku maen redah saja di lcct itu....

kali ni pengembaraan aku ke langkawi maybe akan bwk blk different review utk korang, so wait ya!!

oh, ada apa2 mau pesan kah??

November 18, 2009

The Next Sinful Desire!!



drum roll.........
drooling,, drooling......
sony ericsson Satio!! so attempting!!
ni current sinful desire aku.... haii macam mane nak dapatkan benda cantek ni.. kurang2 mau ada 2.5k tuh.... (-_-")



touch screen, wifi, gps...
definitely the next phone, if im about to get one!
perlukah aku merampok mana2 bank demi sebijik SE satio?? *angguk2 kepala*
hee!


tapi.. harga sama dgn i-phone, or htc...

patot x? features dia aku x sure pulak.
and org salu debate whether i-phone or htc is better,,
sape ade opinion pasal ni?

*cecehh..bersemangat gle, mcm nak beli esok je.. wekk! =P*