January 26, 2011

Budaya sindir menyindir. whatever~~

pelajaran hari ini ya saya kiranya mau ngajarin alternatif menyampaikan mesej secara halus. jadinya kadang-kadang ada cowok-cowok ama cewek-cewek bikin panass hati ibuk ibuk dan bapak bapak. jadi gi mana ya?
gi mana harus ngajarin halus-halus gitu? makanya sila ngelihatin sampel-sampel di bawah....



oh tak jadi pegi tengok movie? cancel lagi eh.. takpe la camne camne pun, saya tak kesah saya ikut aje sume.. tak kesah langsung lah.. :)

(dengan nada yg tenang , mata pandang ke atas , letakkan tangan di dada)


lambat eh masuk kelas? takpe i memang suka tunggu students masuk kelas, lecturer lain tak tunggu kan so i tunggu laa.. lagi pun memang sedap makanan kat kedai mamak tu. :)

(dengan nada yg tenang , mata pandang ke atas , letakkan tangan di dada)




lama tak dengar khabar... it's okay yang penting still breathing kan, kalau tak dengar khabar tu kira hidup lagi la kan takkan la nak check obituary paper ye tak? :)

(dengan nada yg tenang , mata pandang ke atas , letakkan tangan di dada)



pelajaran hari ini, ibuk ibuk bapak bapak ya..
  1. sila keluarkan kata-kata yang indah,
  2. dengan nada yang tenang,
  3. mata pandang ke atas
  4. dan letakkan tangan di dada.

gitu. :)


jadi nya nggak perlu vavi demmit segala. sebut dalam hati kuat-kuat sudaa.~~


nota exam: ilmu prof. sentaphati maknak.

January 24, 2011

Dont think of the things you didnt get after praying, think of the countless blessings God gave you without asking..


The thing is, if my mouth couldn't speak just look into my eyes.
It would explain to you how i feel..



January 19, 2011

Guilty as charged.



hello.
hai i nampak macam sibuk sangat ni sampai tak melawat blog ni. boleh la sibuk dan buat-buat sibuk. hehe. TAPI [okay tapi tu perlu ada] bila bab-bab apply cuti ni macam laju je.
hari esok cuti, hari lusa budak-budak pulak sibuk men'cuti'kan lecturer mereka, jadi lebih baik i mintak cuti saja.
oleh kerana ketua jabatan sudah pindah, jadi pergi jumpa pemangku ketua jabatan. takut jugak nih, rasa macam murid nak jumpa guru besar.
tengah-tengah dia nak sign form, tiba-tiba je dia tanya ...

KJ : "kereta you yang mana??"
Pesalah : "haa..?" [tudiaa start cuak-ness dah..]
KJ : "kereta tu yang coklat tu kan?" [alamak apasal pulak ni...]
Pesalah : "yang coklat....." [jawab slow-slow sebab da rasa cuak]
KJ : "Encik dotdotdot tengok kereta you haritu" [dalam hati cakap mati dah akuuu...mesti ni ketua unit da perasan kete coklat ni salu takde.!]
KJ : "dia dok jenguk-jenguk nampak ada gamba dekat tag tu ada 2,3paku kat bahu."
Pesalah : "haa..? owh. hee. err kalau cuti ni apply max berapa hari ye? " [amboih tukar topic sepantas kilat.!]



fuhh. fuhh.. mati-mati ingat KJ nak cakap pasal 'eh apasal encik dotdotdot tengok kereta coklat tu selalu takde.?!'
rupanya dia nak cakap pasal gamba kapt.tarzan je. ceh.
bila buat benda salah ni memang senang terasa lebih-lebih. erm.
ala biasa la kalau pergi melawat tempat makan tu penghayatan lebih sikitt.. jadi duduk lama-lama sikitt.. :p




January 05, 2011



i takde fan macam dynas mokhtar sehingga i dapat sediakan email khas untuk para peminat.
i jugak bukan rozita che wan yang plan nak pencen tahun 2011 tapi kalau tak pencen pon orang tak 'boo' dekat dia.
i jugak bukan awek Khairul Fahmi sampai satu hari ribu-ribu orang nak jenguk dia cerita tentang apa.

i hanya orang biasa-biasa yang kebanyakan harinya pakai baju kurung tudung selit2 . yang kalau baju kaler oren pon masih pakai kasut warna pink. yang kalau jumpa dekat kedai runcit atau pon Giant sekali pon takkan ada orang kesah.

bak kata orang putih -- "girl next door."



tapi i masih nak share lagu ni dengan sape-sape aje yang ter-sampai dekat site i ni. nak buat lagu sendiri, haih i bukan yuna.
jadi pinjam lagu kumpulan Dewa jela.
dengar la ye, kalau menyanyi kuat-kuat dalam kereta pun sedap. ala malaysia sekarang ni panas sangat, kalau sekali sekala kita bagi hujan apa salahnya.....


Life is too short.


yesterday masa drive dari klia nak ke seremban, macam biasa lalu ikut jalan belakang yang orang2 seremban biasa guna. jalan yang sama yang suatu masa dulu aku telah merosakkan rim kereta sampai kena tukar habis semua. erm.
tengah drive dalam range kelajuan yang normal tiba-tiba je nampak lori kat depan. lane satu lagi pulak berderet kereta. tengah drive ni dalam kepala dok fikir 'eh mane pegi lane aku eh? kenapa ada lori depan aku..'
jalan alternatif ni mmg takde pinggir jalan sebab jalan dia muat2 kereta lane yg aku lalu and lane kereta bertentangan. jadi bila nampak sebijik lori depan muka aku tu so aku slow kan lagi lah kereta, mujur jugak kereta belakang agak jauh jadi driver beliau pon sempat mem brek tanpa menghentam bontot kereta aku. kira dalam berapa second je lagi kereta aku akan bercium dgn lori tu, driver lori pon berjaya selit masuk lane dia.

agak dua minit aku dengan passenger sebelah aku diamm je. pastu tiba-tiba dia sebut "eh gila la lori tadi tu.!"
pastu aku pun macam baru sedar yang ktorg baru je terlepas near-missed accident. tadi lori tu dah ambik jalan aku masa nak potong kereta2 lain.
kalau lori tu tak sempat selit masuk lane dia, aku rasa macam hari ni aku tak menulis dah kat sini.

bodow betol la itu lori [punya driver].

kalau la ditakdirkan umur aku setakat time tu je, betapa banyaknya perkara yang akhirnya tak tercapai dalam hidup. sia-sia je.
entah berapa orang je yang akan bersedih dan ingati aku untuk seminggu, sebulan atau mungkin setahun. lepas tu langsung tak ingat dah. kan. biasalah tu.





you know what?

-- Life is too short to wait for something.





the macrophobia.

January 04, 2011

i'm always seventeen.!



hari tu masa masih 2010 soksek2 cakap pasal kawan2 lepas tu cerita pada Tarzan pasal seorang kawan...

"ingat tak ada budak sekolah kita nama Yasar? dia dah ada anak..besar dah anak dia. tapi wife dia memang nampak la macam mak-mak gitu.. tapi Yasar tu nampak matured dari kita la." lebih kurang begitulah ayat i.

tiba-tiba dia buat pembetulan "you mean matured dari you."

ouw snap..! apakah makna pembetulan tersebut? dush3x!!


**

25 tahun lalu memang tak rasa berbekas bab2 umur, age is just a number because i do always feel seventeen inside.
tiba-tiba bila masuk 2011 ni rasa age-ing dengan mendadak. dan2 je rasa macam dah tua.
selama ni dok berasa macam remaja lagi. ehemm.

January 02, 2011

wind of change.




People often change for two reasons.
It can be either that you have learned enough that you want to change,
or you have been hurt enough that you need to.

January 01, 2011

01-01-11


-- nak makan roti canai telur+bawang.




"The feeling you get whenever you listen to a song that reminds you the memories with that special someone."