yesterday masa drive dari klia nak ke seremban, macam biasa lalu ikut jalan belakang yang orang2 seremban biasa guna. jalan yang sama yang suatu masa dulu aku telah merosakkan rim kereta sampai kena tukar habis semua. erm.
tengah drive dalam range kelajuan yang normal tiba-tiba je nampak lori kat depan. lane satu lagi pulak berderet kereta. tengah drive ni dalam kepala dok fikir 'eh mane pegi lane aku eh? kenapa ada lori depan aku..'
jalan alternatif ni mmg takde pinggir jalan sebab jalan dia muat2 kereta lane yg aku lalu and lane kereta bertentangan. jadi bila nampak sebijik lori depan muka aku tu so aku slow kan lagi lah kereta, mujur jugak kereta belakang agak jauh jadi driver beliau pon sempat mem brek tanpa menghentam bontot kereta aku. kira dalam berapa second je lagi kereta aku akan bercium dgn lori tu, driver lori pon berjaya selit masuk lane dia.
agak dua minit aku dengan passenger sebelah aku diamm je. pastu tiba-tiba dia sebut "eh gila la lori tadi tu.!"
pastu aku pun macam baru sedar yang ktorg baru je terlepas near-missed accident. tadi lori tu dah ambik jalan aku masa nak potong kereta2 lain.
kalau lori tu tak sempat selit masuk lane dia, aku rasa macam hari ni aku tak menulis dah kat sini.
bodow betol la itu lori [punya driver].
kalau la ditakdirkan umur aku setakat time tu je, betapa banyaknya perkara yang akhirnya tak tercapai dalam hidup. sia-sia je.
entah berapa orang je yang akan bersedih dan ingati aku untuk seminggu, sebulan atau mungkin setahun. lepas tu langsung tak ingat dah. kan. biasalah tu.
you know what?
-- Life is too short to wait for something.
No comments:
Post a Comment