May 16, 2011

Tentang guru & murid.


16th may. every year.

tahun lepas adalah tahun pertama sambut hari guru di sekolah sebagai seorang guru.
semoga itu bukan yang terakhir. saya masih punya keinginan untuk menjadi guru semula.

memang betul lah macam tanggapan selama ni, menyanyikan lagu keramat 'Guru Malaysia' memang menyebabkan meremang bulu roma. terasa betapa bertanggungjawabnya seorang guru tu dalam memastikan seseorang manusia tu jadi human, atau just another homo-sapiens.
sebagai bekas seorang pelajar, semua guru sedar betapa besar impak yang diberi kepada pelajar yang di didik.
tapi, bergantung kepada seorang guru untuk hanya mengajar, atau sepenuh hati mendidik.

cuba ingat-ingat balik,
berapa ramai guru dari masa tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matriks, kolej, universiti yang kita ingat.
fikir....
fikir.....
dah ingat dah??

okay sekarang cuba fikir, kenapa kita ingat pada cikgu tu. contohnya cikgu A & cikgu dotdotdot.
anda mungkin ingat pada cikgu A kerana cikgu A sangat lemah lembut, cikgu A selalu membantu walaupun anda sangat teruk dalam mengeja perkataan. sikap cikgu A membuatkan anda bersemangat untuk pergi ke sekolah walaupun selama ini anda takut diketawakan kawan-kawan.
manakala cikgu dotdotdot pula anda ingati kerana garang macam singa dan pernah denda anda tanpa alasan munasabah. dan buatkan anda meluat dia sangat-sangat dan meluat subjek yang diajar.

seorang guru anda ingati kerana perkara manis. manakala seorang lagi anda ingati kerana perkara pahit.
dan juga ada cikgu Xyz. siapa pulak cikgu Xyz ni?? cikgu yang ajar geografi tingkatan dua?? siapa ye? haa langsung anda lupa kerana kehadiran dia kurang memberi signifikan dalam hidup anda.


jadi nampak tak?

guru yang memberi impak & signifikan dalam hidup pelajar akan diingati sampai akhir hayat tidak kira impak negatif @ positif.

saya sendiri mempunyai pengalaman bersama guru-guru yang telah mempengaruhi hidup saya.

Cikgu Idah-- cikgu tadika yang puji saya 'bagus!' dan selalu bagi bintang bila berjaya sambung perkataan. sampai sekarang masih ingat perkataan pertama yg berjaya formed dalam hidup ialah ku+tu = kutu.
waktu tu rasa macam hebat betul! heh.

Cikgu Rosme-- cikgu English darjah satu. arwah sangat lemah lembut, dan beliau berjaya membuatkan saya rasa english tu bahasa yang sangat menarik, bersama lagu2 yang beliau selalu nyanyi dengan murid. suara dia sangat best. saya SUKA bahasa Inggeris kerana dia.

Cikgu Rahmatul Aida-- cikgu homeroom di mrsm. sangat ceria, sangat loving, sangat romantik hubby&wife dengan cikgu Baha, dua2 orang parents-teacher yang sangat takecare pd saya masa di mrsm. salah satu sebab takut nak berskandal di mrsm sebab cikgu Baha cakap, "Farie kalau saya dgr pasal kamu dengan sape2 siappp.. banyak sangat BWP yang kapel nihh.."
saya sangat admire mereka berdua in personal kerana banyak perbezaan tapi sangat complement each other.
dan rasa guilty so much i could die bila dapat result spm Add math teruk gila sebab tak tau apa perasaan cikgu aida sebab dia ajar add math. :(


Cikgu Jamilah-- cikgu yang tak pernah ajar saya secara formal tapi ada dalam hidup saya sejak belum lahir. disebabkan oleh beliau, saya dah lepak dalam makmal sains sejak dari dalam perut. beliau adalah mak yang tegas tapi seorang guru yang cool.
masa kecil saya tak sedar itu, tapi dari pemerhatian saya semenjak dewasa beliau tak pernah tunjukkan stress dengan kerja. beliau jarang sekali membicarakan hal kerja di rumah dan saya masih kagum dengan kegigihan beliau mendorong pelajar beliau berpuasa dengan memberikan rm10 jika berpuasa penuh. pelajar sekolah menengah. yang akhirnya akan ada sahaja yang tak berjaya tapi takkan menipu guru mereka. beliau tidak pernah merungut jika perlu mengajar kelas tercorot kerana saya tahu beliau suka mengajar. di kala kebanyakan guru berlumba-lumba untuk kenaikan pangkat, beliau lebih selesa menolak jawatan pengetua dengan alasan "mama tak minat."
beliau adalah contoh realiti kepada saya yang sebagai guru buat kerja dengan sepenuh hati walaupun hanya sekadar menjadi guru biasa. jangan mendidik cukup syarat sahaja.


ini adalah sebahagian guru yang memberi impak dalam hidup saya.
guru yang tak best semestinya ada,, tapi lagi bagus ingat yang best-best je kan.


kepada rakan-rakan yang telah meninggalkan profession perguruan, remember a proverb says..
"once a teacher, always a teacher.."

we still deserve to sing this song....






Selamat Hari Guru!


1 comment:

Chase said...

Happy Teachers Day!