October 30, 2010

Piala Malaysia 2010. [chapter II]


kelate menang.!


bila aku sokong kelate, negeri sembilan menang.
erm.
bila aku sokong negeri sembilan, kelate menang.
hmm.....

kesimpulannya aku rasa macam ada aura2 Paul si sotong jugak ni. cumanya korang kena sokong yang aku tak sokong.
sebab yang aku sokong mesti tak menang. cess~




notakaki: takpo kelate mene kali ni jadinyo tadok la stadium hok keno baka.. :p
[bukan aku kata, ni hasil comment2 d fesbuk.]

October 29, 2010

adakah pensyarah suka bersyarah??


semalam accidentally played hide-and-seek dengan students gara-gara sembunyi dalam bilik sendiri.

hari ni pulak terkunci dalam bangunan kuliah yang dah kosong sebab ketua jabatan ingat semua students and lecturers dah takde di dalam.
creppyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..............................

nasib baek mobile phone bule guna, buatnya bill kena barred ke apa, agak2 macam mana tu?





notakaki : otak rasa macam kena sejat bila fikir kena buat applied research. sampai pencen. aku ingat kalau orang study master/phd/etc etc je perlu buat thesis. aiseh..

apelah saya tak suka laa..


saya tak faham kenapa girlfriend-girlfriend kawan saya nak add saya di social networking profile. saya close dengan kawan saya tapi saya tak berminat nak friend-with-benefit dengan partner mereka. kerana saya tahu itu semua hanyalah kerana mereka nak tengok
"oh perempuan ni bagaimana, baguskah? cantik sangat kah so perlu rasa risau, ada tak dia update status yang agak-agak ada kaitan dengan boyfriend aku? dorang ni close sangat kah??"
benefit only for them.
sigh. perlu ke sedangkan mereka itu even ada password boyfriend masing2 lalu harus menapis segala message atau comment yang ada.
kadang2 saya kasihan lah dengan kawan baik saya, saya kata partner dia patut dah rasa grateful dapat a boyfriend yang always inform her bila pergi mana2, bila keluar dengan sape2, keluar dengan kawan pon masih message dan jawab telefon. kalau saya lah mesti saya rasa sangat bersyukur.
bila ada friend request yang macam ni saya akan cakap "weh ni awek ko add aku kat fb ni. nak approve nak buat apa. aku add kawan2 saja." jadinya saya biar saja lah. rupanya mereka jadi lagi tak tenteram bila saya tak approve.

haih saya rasa perlu je nak saya cakap macam ni, "i kenal boyfriend you before i get engaged lagi. kalau i suka dia i takkan engage dengan my fiance. so perlu ke you nak paranoid sampai taknak boyfriend you ada kawan perempuan. i dah bertunang lah weh, tolong la pergi risau dekat perempuan lain."

oh penat la macam ni kalau semua kawan baik saya yang punyai girlfriend sebegini lalu saya dah tak boleh close dengan orang itu. kali ni, saya rasa saya nak kata lantak pi la.
mungkin juga saya perlu suruh orang2 tersebut baca entry ni.


notakaki: rasa nak gelak bila azza bgtau pasal ni, bongek betol la. bak kata azza "dalam banyak2 orang, nama kau jugak dia sebut." laa sebanyak2 orang single, tunang orang jugak yg nak paranoid..apa cerita la. mungkin dia marah kerana tak approve friend request dia. erm.

October 28, 2010

Chinta.



da lama tak review movie/drama kann.. so mari kita! [amboi banyak nye masa free ko ni eh, makan gaji buta ke??erm.]

drama tv3 pukul 6.30petang ---> masa tak bagus, masa orang sembahyang maghrib.

cerita ni banyak berkisar bab2 agama secara tersirat... cerita macam mana seorang perempuan bernama Chinta (Fasha Sandha) mula melupakan agama bila dia rasa Tuhan tak berlaku adil pada dia. pada awal cerita si Chinta ni tampil sebagai seorang perempuan baek2, perempuan kampung yang patuh suruhan agama dan ditimpa dugaan (dirogol). so dia rasa buat apa selama ni dia baek2 tapi Tuhan beri dia dugaan begitu.
so start situ la dia berubah jadi orang yang lupakan agama....

tapi the thing that i want to share here is... ISTIDRAJ.



"Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!



Allah swt menambahkan nikmat setiap kali kita melakukan kesalahan sehingga akhirnya kira mungkin akan fikir "eh..i macam2 ni je tak perlu baek2 sangat, i oke je. hidup i succeed jugak, i kaya jugak, anak pandai2 perangai bagus juga, rumah 5,6bijik ada, etc.etc." lebih kurang macam ini lah i mean..kita rasa hidup ni tetap okey2 saja. sedangkan dalam diam Allah ambil nikmat tu satu persatu hingga bila kita sedar, mungkin dah terlambat.

dalam cerita ni tunjuk lebih kurang begitu lahh.. malas nak ulas contoh.
tapi i dont really follow everyday. kadang merapu jugak rasanya. oke, daa!~







p.s. sedap tak nama Rasul Iman?? :) ~


October 27, 2010

(VIDEO)Majlis Perkahwinan Sheikh Muszaphar Dan Dr. Halina

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar & Datin Dr. Halina Yunos - The Astronaut's Wedding from Saiful Nang on Vimeo.




Piala Malaysia 2010.



Piala Malaysia 2010 ni dengan sepenuh hati den sokong Nogori.

Hobin Jang Hobin!!!






oh bukan sebab dua beradik ni [ni hanya penyebab kecilll sahaja.ehhe..] tapi sebab negeri sembilan baekk sebab N9 yang bayar saya gaji untuk kerja pertama dan kerja kedua saya. :D
tahun lepas da sokong kelate *previous post*
[siap kena perli dengan students selama seminggu kerana kelate kalah. isk] ,, so dah dah la tuh.







notakaki: walopon ore dumoh ni pakat kecek kelate blako tapi ambo sokong nogori wehhhh...

October 21, 2010

Average. I. Am.



"Some people are born clever, same way some people are born beautiful.
I'm not one of those people"

-Starter for 10 (2006)


October 19, 2010

Shopping Recommendation : @ Butik D'Haja

Inginkan tudung yang cantik? ekslusif? dan MURAH??

Butik D'Haja Seremban agak dikenali di kalangan wanita berkerjaya di Negeri Sembilan. [kenapa n9? sebab i di sini lah. mesti cerita hal2 setempat. oke]
butik-butik jualan tudung muslimah wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan, jadi apa yang menarik dengan butik ni sampai i berminat nak kongsikan pasal Tudung D'Haja? [sila klik untuk quick link ke artikel berita]

oke! ini mungkin berita baik bagi perempuan2 yang suka pakai tudung ade awning [sila rujuk gambar], yang inginkan rekaan yang cantik tapi harga berpatutan. coz i think paying nearly rm100 for a piece of tudung is still doesn't suit my need. sebab kita perempuan nak ada berjenis-jenis tudung untuk digayakan dengan berjenis-jenis pakaian. kan? and i can't afford to pay 100buck for each one. hu-hu. :)
sebenarnya Butik D'Haja ni selalu menjadi buah mulut cikgu2 di tempat praktikal. dah berkali-kali cikgu&juga akak pejabat mencadangkan pergi take a peep di butik ni kerana kehairanan cikgu ini asyik pakai selendang saja. maaf, cikgu ini memang kurang berminat. ermm. :p
tapi 1st time jejak kaki di sana adalah masa desperate memerlukan tudung awning untuk dipakai pada hari engagement. dan hasilnya amatlah memuaskan hati!
dalam tak minat pakai tudung awning ni sempat jugak rembat tdung yg awning nye corduroy Roxy, lalu menyebabkan students rasa cikgu mereka sangat coOl kerana ingat cikgu beli tudung di Roxy. tehehe..

apa yang bagus dengan tudung D'Haja:
  • rekaan terkini, kira setanding dengan Aryani & Pearl Haya.
  • harga amat3x berpatutan..... semurah rm3.90. tapi cantik.!
  • material yang pelbagai.
  • terdapat jugak limited edition tudung yang dikeluarkan 50++ helai sahaja. harga rm39-50 cam gitu.
  • setiap bulan terdapat hari yg ada sales, which is sgt ramai orang kerana sgt murah.

TAPI, kepada mereka2 yang tak berminat tudung seperti ni jangan risau kerana owner D'Haja ni selalu up-to-date.
kali terakhir i pergi ke kedai ni bawak mak bershopping, i pakai style kegemaran i sekarang dan owner butik tanpa segan & ragu2 telah membelek sini sana pada shawl & juga neck covered inner that i wore, dan cakap dia akan try buat covered inner seperti ini.

[neck covered inner without awning]


what?? Yahoo! baguslah lepas ni tak payah susah2 nak cari jauh2. sgt happy jadi client seperti ini yg bole bagi benefit terhadap diri sendiri. rasa macam pergi custom-made tudung i pulak. for free. LOL.
agak cerah harapan yang Butik D'Haja lepas ni akan keluarkan shawl pulak. bagus2.

da klik sana sini, tak jumpa any website on D'Haja, tapi FB page nye ada di sini. Butik D'Haja

siapa yang dekat2 sila la melawat, kot2 ada yang berkenan...


Happy Shopping, People!!! :)