January 12, 2010

angan-angan aku pasal hidup yg simple.


hai.
semua orang mesti ada angan-angan pasal life kan. apa yg kau nak, apa yg kau jangka kau akan dapat.
kete besar.
gaji besar.
umah besar.
makan besar.
pangkat besar.
semua besar2 lah.
rakyat msia suka yg besar2 semuanya.
laki besar? bini besar?? hahaha.
biasalah tu. semua orang harap dapat pegi ke tahap yg lebih baek dalam life.
tapi untuk sampai ke tahap segala-gala yg besar tu, banyak benda kena buat and kena sacrifice.

aku pon macam tu la.
walau nak jadi surirumahtangga pon aku nak at least aku pegang degree.
uh jangan tanyala kenapa nak jadi surirumahtangga, itu cita2 ideal aku oke.
duduk rumah mendidik anak, di waktu petang berkebun tanam bunga rose and tunggu laki balik keja. and hidang ayaq oren.

bila pikir pasal self-indulgence pulak, terus rasa kena lah keja. supaya dapat beli apa aku mau tanpa perlu bergantung kat org laen, bulan2 dapat bg duet kt mak bapak and so on.
lagi pon lelaki sekarang seboleh-boleh nak isteri keja. kan? bule share household expense katanyaa..

kadang2, aku rasa cukup2 lah setakat yg ada.
kadang2 aku teringin nak jadi average people yg mampu n mudah berpuas hati dgn life. *bukan mudah manusia nak berpuas hati dgn life*.

aku nak jadi macam perempuan yg abeh Spm tak payah pikir2 nak sambung belajar lagi, terjupe dengan lelaki kerja biasa2.. dah rasa suka.
then cinta2, dating pegi makan sama2 wktu petang.. yg aku rs sayang and selesa lepas tu kawen lah. u know lelaki biasa2 ni tak serabut nak enjoy life lama2, jugak mudah berpuashati dgn life.
takde nak pikir oh kite tak bule kawen lg i perlu ada umah besar, keta, duit byk dlm asb/bank etc. etc.
pd pengamatan aku la orang biasa2 lg faham duit banyak mana kau cari pon tetap tak cukup.
lepas kawen akan ada anak baby yg tembam yg bila weekend bule bawak pegi jalan2 kat tesco ke apa ke, and makan2 dkt foodcourt.
mungkin tak mampu nak membeli2 selalu tapi maseh bole hidop.

hidop tak orang2 mcm ni, orang yg tak blaja tinggi2, gaji besar2??
hidop je. beranak pinak jugak...
tak perlu duit ribu2, keta honda civic. paling penting-- bahagia jugakk...
orang yg takde keta, terpaksa bersesak-sesak anak kecik 4,5orang naek bas.. bahagia tak???
bahagia jugak...
jangan cakap pasal susah payah, itu sedia maklum. aku tengah cakap pasal perasaan bahagia.


hidup simple ni cuma angan-angan.
bagi aku.
angan-angan yg aku sungguh cemburu.
coz aku tak berada dalam keadaan simple macam tu.




Note:: perasaan yg wujud tatkala ternampak satu family mak pakai t-shirt n jeans umor awal 20-an pegang baby sambil makan di giant. bapak kelihatan seperti org biasa juga masih muda tgh sorong troli beli barangan dari giant. tak nampak macam org berada, tapi nampak org yg berpuas hati dgn hidop.
manakala aku di pertengahan umor 20-an masih struggle pasal menghabiskan pelajaran. sigh.

10 comments:

shasha said...

i wish i can be like that.....

shaf lina said...

belum lagi yang umur makin meningkat kerja tak stabil mak pak sibuk tya bila kami nak kawin.lagi pensan..
haha

Belly-Button said...

shaf,,

lebey krg sama la condition nk pensan kita ni...haha

faRra said...

sis..when u came out wit this topic, tbe2 baru terfikir sume nieh..

betol jgak ek..i wish i cud be the one yg mudah berpuas hati ngn ape yg kite ade..it didnt mean that we'r not trying to get anything better, but it's just enuf to satisfy ourselves..
kadang2 terfkir gak, y can others simply married, got child, in their early 20s, sedangkn Fara still tgh pk mne nk cari duit, how to repay all my parents' kindness..

Life is for us to think, to discover..

Belly-Button said...

farra,,
yeap kdg2 ble kte stop thinking of wuts happenin n look at our surrounding,, byk bnda kte bule nampak.
life itself is a skool...

susudalambotol said...

i love this entri. terima kasih kerana mewakilkan saya untuk luahan ini. semua betul.

Belly-Button said...

mummy arjuna,,

u're welcome..
its my pleasure.. =)

reena said...

hidup kalo takde masalah mmg tak sah yang... tp yg pntg mcm mane kite nak tackle the situation... so far akk hepi sgt dgn life akk walopun cite-cite dolu kononnye nak pegi oversea...maybe tuhan ade perancangan yg lebey baek... insya-Allah...

Belly-Button said...

yeap God always have plans for us.

hehe yeap tgk kak reena punya life really gud.. =)

benbes said...

nice picture, I love it.
troy built tillers