April 24, 2010

Life Issue: Aku beli pengajaran pasal hidup dengan harga rm3.50.

(cubaan untuk menulis dalam bahasa melayu sepenuhnya sempena minggu bahasa melayu yang aku reka sendiri. oke.)

2 hari lepas balik sekola je terus amek mummy dengan angah pegi hospital. kalau ikotkan tahap malas ni nak je aku tido tapi sebab parking kete pon amatlah payah nak dapat dekat hospital tuanku jaafar tu, jadinye lepas turunkan mum depan hospital aku pon gerak la pegi cari kat mane aku bule rehat kejap sementara tunggu diorang. lapar tu jangan nak cakapla,, kat sekolah makan tak menentu. nasib aku baik, dapat 'park' keta tepi jalan depan hospital.. tak payah nak pusing 4,5,6 kali sebelum mummy siap urusan dia.
depan keta aku ada pakcik penjaja naik moto roda tiga berniaga buah-buahan dengan air. haihh rasa bahagia sangat sebab aku tengah lapar gila...

aku: buah ni sebungkus brape?
pakcik: seringgit.
dalam hati aku... "wahh! murah nih..beli dua lah!" hehe..
aku: pakcik kasik jambu dgn sengkuang eh. air yg ni je ade? *sambil perhatikan air2 tin*
pakcik: yang ni saja. banyak habis, hari ni pon nak balik awal... ada kenduri aqiqah anak.
aku: owh anak pakcik dah berapa hari?
pakcik: sebulan dah..

lepas siap2 beli aku pon masuk dalam kete, bukak air tin, amek novel Amy Tan kat belakang pastu makan buah sambil baca novel. pergh bahagianya hidup...
sebab panas sangat, aku berhenti baca.
aku tengok pakcik tu tengah kemas2 barang dia, pastu lap2 peluh.. lama jugak la dia berkemas sebelum gerak. timbul pulak rasa kasihan tengok orang terpaksa bersusah payah nak cari rezeki.
bila dipikirkan.. berapa sangatlah yg dia dapat dalam sehari kerja bawah panas. kalu aku la kannnnn..adess...
pastu aku tengok lagi..
mesti awal pagi bini dia tolong kupas, potong buah2..
ntah2 kerja ni saja sumber rezeki untuk satu keluarga ni.
pakcik tu mualaf, kenapa mualaf susah dapat kerja ke? atau mungkin pakcik tu takde kelulusan tinggi.
haihh kasihannya hidup.. *waktu tu mula la elmo semacam..aku takbule sket benda2 mcm ni. +_+ **

tapi pastu aku pikir balik, kenapa aku perlu kasihan pada dia??
dia cari rezeki halal utk keluarga dgn cara dia sendiri. dengan cara yg dia mampu.
hidup tak semestinya berjalan macam yg aku nak, mcm yg dia nak. tapi aku masih perlu hidup, dan pakcik tu jugak perlu menjalani hidup dia.
awal2 tadi aku malas sangat nak pergi hospital, tapi lepas jumpa pakcik tu aku rasa ada hikmahnya jugak aku pergi.. walaupun tak banyak tapi sekurangnya rezeki pakcik tu pada hari tu lebih sikit.

hidup aku ni bukannya mewah gila, tapi mungkin selama ni aku tak sedar yg hidup aku ni selesa.
aku tak tau kalau2 aku mampu ke tak hidup susah macam pakcik tu.
macam mn kalau aku tak bekerja dan satu hari nanti punyai suami yg terpaksa bekerja keras macam pakcik tu,, banyak benda yg perlu dikorbankan.
mungkin baju2 baru hanya dibeli masa perayaan. mungkin makanan macam Kfc McD semua tu jarang2 sekali dapat jamah.


aku beli air dan buah dgn harga rm3.50, tapi aku dapat kesedaran tentang hidup sebagai hadiah...~

2 comments:

arin said...

betul tuh sha, tak semestinya apa kita rancang, kita akn dapat.

tapi yang aling penting jgn putus asa..tak kisah la, dah kawen atau hidup masih bujang.

once putus asa, haru hidup..

shasha said...

owhh...saya pun terus emo rasa nak nangis pulak bila imagine...