June 08, 2010

Saka Harimau.


benda yang tak dapat dilihat dengan mata kasar tu tak semestinya khayalan & tak wujud.

itu aku punye perception mengenai benda2 ghaib.

Saka? saka tu ape?

Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.
(quote from blog Anak Soleh)

tadi dalam Wanita Hari Ini (WHI) ada satu slot bercakap tentang saka. tentang kewujudan Saka, and even tunjuk macam mana Saka tu react.
oke aku faham ramai yang tak percaya, dan ramai yang rasa benda ni boleh dibuat-buat.
itu bergantung kepada hak individu.

saka ni ada bermacam2 jenis.
kepada sape2 yg mungkin missed the session, aku nak share sikit kat sini pasal how to detect kalau orang itu mempunyai saka.

1. boleh dilihat melalui mimpi.
orang yg mungkin mempunyai saka, ada kecenderungan untuk bermimpi:
- jatuh dari tempat yang jauh.
- menyusukan bayi atau mendampingi bayi ( cara saka tu di transfer kepada individu yg laen)
- mimpi berada di kubur.

2. akan ada lebam-lebam yg tak dapat dijelaskan bagaimana terjadi. macam tiba2 bgun tido ko nampak peha/betis ada lebam2. paling teruk kalau dekat lebam tu ade mcm bekas taring.

3. mudah berada sedih & menangis tanpa sebab.


oke tu antara yg aku dengar tadi.

Apa itu Saka Harimau??
binatang ke?

selalunya saka ni dia keturunan,, ye orang dulu2.. kadang2 membela makhluk ghaib ni utk jaga tanaman dia.. rumah dia... tapi bila seseorang itu mati, saka ni akan berpindah kepada waris dia, iaitu orang yg paling rapat. contohnya macam si ayah ni rapat dengan anak number 2, so saka tu akan mendampingi pulak anak dia.
oh ya saka ni paling berminat dengan waris perempuan.! sebab perempua secara azalinya lagi lemah dr lelaki.
sebab tu, ramai orang yg tak mempercayai dia mempunyai saka,, sebab benda tu bukan warisan mak bapak tapi maybe datuk nenek yg dah berkurun2.

macam yg dalam WHI td lagi la teruk,, bukan perempuan tu punya Saka tp hasil dari orang laen buat khianat dan masukkan benda tu dalam badan dia.


do i believe that?

i know some persons who have that.
and what it had done to their lives.
and, bukan mudah nak membuang saka. bukan semua pengamal perubatan Islam yg sanggup dan mampu.


* sekadar berkongsi information. hee nak tau lebey lanjut tanya la orang yg berpengetahuan yea.. *




1 comment:

greener pastures said...

ada org tua kata, saya pun bersaka harimau kaki tiga.. saya tak percaya, awak percaya ke?