February 28, 2010

marriage: can u give it a try?



orang cakap nak tau kereta tu bagus ke tak, maintainance oke ke tak.. u should igve a test-drive. tengok ia suit dengan ko ke tak. tengok ada aura ke tak.
pendek kata, tengok serasi ke tak.
and... thats d best part about material thingy.

kalau marriage,,
ko bule buat macam gitu tak?
bule tak, nak try dulu agak2 oke ke tak ko nak go on.. or kalu tiba2 rasa macam tak brape best tu bule tak kalu cakap "shoot, i tink this not gonna work out. oke thats for now. thank u for trying with me".

wtfd*j%*Gh.. of coz lahhh tak bule kannn..?!
i dunno, maybe im kinda commitment-phobic. i just realize.
blame it on people nowadays yang kawen kejap da bercerai-berai. ada anak dera sampai mampus. ada spouse tiba2 nak tangkap cintan dgn org lain.
mas kawen hantaran juta2, idop xsmpai 2,3tahun da bercerai. wth???
suck. suck. suck.

today i said,
"cud we do a barter-system here?
the rest of the money that i could ask for in d dowry.. could i change it with something else?
i would want u to always fall in love with me, fall in love with our kids [someday], and do always fall in love with our marriage."

thats d rest of the dowry that i would expected.
whenever the day will come.



coz i believe, if people owez fall in love with their marriage... insyaAllah they would b destined forever, even in the bad time when they feel that they dislike each other.




p.s. kepada org tak guna yang sanggup dera budak sampai mati tu,,
ko mmg sial. ko mmg tak guna. semoga ko mati pucuk. dan kena siflis.
OKE AKU MEMANG EMO.


February 27, 2010

bila org bekerja rasa malas nak pergi kerja.


huii seronoknyeee la rasa bila jumaat cuti.
bila arini cuti.
bila esok cuti lagi!
sebab rasa malas nak bangun pagi2... malas nak pegi kul 6.30 pagi...
malas nak jawab salam berkali-kali bila tiap kali students lalu.
bule tak aku jawab,, "hai!"
bule tak?

paling penting, aku la antara orang2 yg paling malas nak pakai baju kurung.
haihh...
baru seminggu kot.... ala lg 11 minggu kurang2 nye.



blogger-emoticon.blogspot.com



February 26, 2010

penat. penat..


Penat. sangat.
aku tak tau part mana yang penat.
tapi aku rasa macam nak tido berhari-hari. nak cari satu tempat yg nice and cosy, and tido.
otak penat, badan penat..

kalau bule wish, aku wish nak pergi jalan-jalan... aku wish aku ada partner yang akan enjoy berada bersama-sama aku walaupon sekadar jalannn je sekitar kL.
i want a pair's time rite now, not grouping time. lebih mudah to listen and to talk.
i want a listener. rite now.

makin banyak challenge sekarang ni. i dont know what i am doing.
apa yang betol, apa yang salah.
apa yang terbaek utk sekarang, atau yang terbaek utk masa2 depan.

this is 2010.
and ni baru bulan februari....


February 24, 2010

"Muka teacher macam Yuna...."


today is d 3rd day aku kat skola tu.
actually today budak2 still exam... tadi aku jaga budak form 4 punya test... English.

"list down 10 adjectives that could be found in the text"

adjectives.
oke... fine...
bunyi macam senang.. tp aku nampak kebanyakan budak terkulat-kulat pandang paper. class yang amek Lukisan Kejuruteraan.. supposed budak2 pandai nih.
last2 aku tanya "class, do you know what is adjective?"
sorang je jawab yg dia faham. yang laen diam.

-_-"

so instead of monitor budak2 exam, aku explain pulak pasal adjectives kt dorg.. siap tulis example atas papan hitam. 2,3 minit je aku tulis..pastu terus padam. kang ade lak cikgu2 laen cakap aku bagi jawapan ke apa.. tak ke naya....

pastu aku tengok barula nampak light sket dkt muka budak2 tu....
haih...
macam-macam.
but at least rasa puas hati sket. tak salah untuk mengajar, daripada nak tengok budak2 kecewa and malas nak amek tau apa dorg belajar.


mula2 aku masuk class tu tadi punyelaa buat perangai macam2,, teasing and all. awat korang ingat cikgu muda, cikgu practical korang bule 'makan' ke...
and now... all of u depend on me. haha. seb baek aku ni cikgu yg cool. kalu tak, pandai2 korang le nak jawab exam tuh..

macam aku cakap kat ketua kelas la.. 'eh u tengok class ni kejap eh i nak pegi ambil exam paper"
wawah.. macam kawannn gitu~~~


February 23, 2010

commitment rupanya begini.

mode: sambil dok curious mana pegi lagi butang baju number 2 kapt.tarzan yang aku anta dry-cleaning aritu. tiba2 ble nak sediakan baju td then tak cukup pulak. pelik betol. macam tak bule diharap je aku ni jadi P.A. ..haha.

~~~~~

finally aku tau macam mana rasa bila ada commitment & responsibility.
bila u're bounded to something, u just cant do anything sesuka hati.
tak kira in anything.. work or relationship, bila u have commitment u just cant simply detached or said 'oh i need a break'.
for example kalau da keje, bule tak ko suka2 ati nak ponteng. tak bule kann..
lebey kurang gitu laa..

dulu-dulu, bila marah or upset sangat.. kat dalam otak ni mula la rasa huh nak detached bla,bla.. even just emotionally. even just hanya cakap-cakap dalam hati di kala bengang. even kalau aku sedia maklum 1,2jam kemudian aku akan rasa oke dah.

tapi sekarang,, akhirnya aku faham bila kau ada bonding.. ianya tak semudah tu.
even to think like that emotionally pon, actually u dont supposed to.
it just not right.
even kalau orang tu buat ko hangen and ko rasa bengang, and ko rasa macam just suka2 dalam hati nak so-called one-side-detach pon tak bule. *though sebelah pihak lagi tak tau ko tetap rasa its not right*
ko akan belajar tarik nafas panjang2, ingat balik attachment yang ko da commit.. ingat balik yg it not just between two of u only, anymore. and eventually u'll learn to be a fine and wise person instead of rebellious-emotional person.


it will teach you what is real patient.
it will teach you to be a wiser person.
it will teach you to realize that true acceptance would mean in gud and bad.
it will teach you real responsibility.




note: aku tak expect org akan faham apa yg aku tengah cakap ni. so kalu ko tak faham then it is understandable. =)


February 20, 2010

kau faham macam mana rasa sesuatu bukan milik kau lagi?



lumrah lah.
tak kira apa2 je pon, masa masih ada memang acknowledge tapi tak berapa nak hargai.
tak terasa patot hargai hari-hari sebab tak pernah terpikir yang benda itu/sesuatu/seseorang tu bukan milik kita lagi. someday.
bila dah takde, bila dah bukan kepunyaan... oke rasa sad. rasa lost. rasa macam-macam.
ke ade org yg tak rasa apa2??

tadi aku naek bas dari Seremban ke kL. masa bas lalu dekat Upm,, aku rasa semacam.

AKU REALIZE PERASAAN WHEN U DON'T BELONG; THERE. ANYMORE.

selama ni tak pernah rasa belongingness, sebab tak hargai benda yg ada depan mata. sekarang, aku da tak sewenang-wenangya dapat keluar masuk Upm macam yang aku buat selama 4 tahun.
nak pergi mana?
nak stay mana?
kuliah di mana?
none of these, belong to me. anymore.

sekarang Upm tu satu habitat yang aku rindui.. dan akan rindui...
yang aku just bole pandang dari jauh.
aku mula la regret, aku wish yg aku lebih hargai kehidupan and masa2 yang aku ada di sana, dulu.
masa2 yang aku bule cakap "i budak tesl..sem 1/2/3/4/5/6/7".
sekarang ni,, "im doing my teaching prcticum..erm pastu abeh la.tak, dah tak blk upm dah."

tak sangka nya aku akan rasa macam ni.
and i bet, many people are just the same.


and tadi, jupe sis of x-boyfie, yang aku da anggap macam kakak aku.
yang anggap aku macam adik dia.
yang rasa berbesar hati aku ke rumah dia.
yang selama after 4 years pon maseh do care and ambil berat pasal aku.
yang masih bole bergelak ketawa macam takde benda berubah antara aku, dia dan mereka.

bila jumpa babies dia, rasa sedikit terkilan.
aku gagal hadir waktu dia berharap aku tolong inaikan dia masa kawen.
aku tak mampu bersama selalu, sumtin yg dapat membuatkan babies tu rasa dorg ada connection dgn aku.

aku happy+terharu,, bila dia sentiasa mendoakan aku bahagia dgn siapa2 pon..
aku pergi, kerana aku nak cerita perihal aku pada dia in personal. kerana dia masih org yg aku sayang sebagai kakak.
bila bercerita tentang masa2 dulu... its indescribable. kami akan ketawa, sebelum terdiam sekejap. memikirkan semua tu bukan milik kami bersama lagi.
masa nak balik, aku rasa sedih sangat, aku tau dia pon berharap aku dengan dia akan tetap macam ni. bila2 pun.


for what i am now, i am so glad. in fact like i said to her aku sangat bersyukur and happy dgn apa yg aku ada sekarang.
tapi,
kau faham kan macam mana rasa tentang sesuatu itu bukan milik kau lagi.



u must lose something, before u gain something.


February 19, 2010

12 hours more to go..


today,,


Sama ada aku akan tgk drama,,
or aku yg akan buat drama...
SAMA-SAMA KITA NANTIKANNN...

February 15, 2010

demam.


kalau budak-budak demam, tandanya nak tumbuh gigi.
kalau aku yang demam, tandanya apa??



February 06, 2010

"tak takut ke life dengan tentera??"


semalam bilik i tiba2 jadi macam kem tentera.
beg celoreng masuk hutan *beg berat gilaaa*, kasut hitam, dress no.2, other stuff.
basah. basah coz its rainin.. pegi ambil dr sg.besi.
da macam P.A. da aku neh. bule mintak upah ni.. wohoo..
semalam ada last event kat sana, use full dress no.2. *tentera banyak betol type of attire*
dress no.2 tu tak bule hand wash, kne dry-clean so aku angin2 kan dalam bilik biar kering.
tiba2 rumate aku tanya,,
"akak tak takut ke life dengan tentera?"
"hmm? kenapa sbb pegi perang2 ke?" aku tanya.
"tak, ermm ni..hmm..pakai mcm ni,mcm org besar2.." dia cakap sambil pandang dress no.2
"oh.. ntah tak penah pikir.." aku cakap je gitu.
pastu aku pon pikir2...
actually aku rasa laen jugak... walaupon aku tau fact dia tu army officer, tp selama ni aku tak penah terpikir sbb aku xpenah real2 tgk dia wear attire mcm tu.
dan2 je aku rasa kecikkk je masa jupe dia semalam. aku hu-ha hu-ha pakai tshirt dgn jeans je pegi sana, dia lak pakai full dress. huhu.

dry-cleanin time~ P.A. tengah membizi unbutton d buttons and all,

cool jea button suma besi pastu button ade skru bule pasang and cabut. hee.

seb baek tarzan cakap kena dry-clean & jgn iron, kalu tak sah2 aku da basuh rendam air bubuh softlan suma cukup. hoho.


ntahla eh. how to handle thing wisely?

dulu masa kecik2 aku takot gila dengan tentera, sdara aku yg tentera or polis sume nampak garang n strict. itu baru tentera biasa2.

and being with an officer, i expect more challenge. to start, being a good P.A. then we'll see.



February 02, 2010

Tenggelam bersama life jacket!

oke benda ni memang best!! drift dalam air tuhh...


masa ni aku normal lagi... heheh...


dulu2, aku ingat kalau pakai life-jacket ni kira sure tak tenggelam. sure ko takkan panik. sure ko tak minum air ikot lubang hidung.

ternyata semua tu salah. salah. salah!
mula2 kena food poisoning, oh tak serik lagi lah. cuma da blacklist charkueteow area seremban II.

pastu on last sunday family plan nk g port dickson. selalu pandang sebelah mata je pD sebab dkt ngn umah. huhuh.. tp da alang2 most of family member ade so kitorang redah le pegi....

masing-masing tak penah nek banana boat so, eksaited gile la. banana boat dgn benda yg ala2 bule drft atas air tu. aku lompat2 gak la sebab da lama nk naek benda alah tu sume.
aku tanya org tu, agak2 dia nak lempar kitorg dari banana boat ni kat tempat yg dalam ke cetek? dia cakap takpe ade lifejacket... aku senyap la kejap, aku ni susah nk put trust on thing tambah2 melibatkan nyawa. tapi tak penah dgr lagi org lemas naek banana boat so hentam sajelaa..

Jatuhan Pertama--
errkk apesal bunyi macam maen bowling ade jatuhan2 ni? hoho biarla.
oke org yg bawak boat tu cakap bila dia nk jatuhkan dia akan bg sign. tapi agakla aku lambat pick-up kot sign dia,, sedar2 je aku da bedebusshh dalam air............. bule tahan banyak air aku telan!masin nak mampus! pastu da panik da apesal lambat sangat nak timbul balik nihhh... yg aku pelik tu, aku sorang je terapung siap kaki2 atas air macam tgh baring. orang laen elok2 je ala2 swimming.
aku cakap kat ko, usaha nak naek balik atas banana tu amatlah 'mengharukan....'
macam selamatkan mangsa lemas! semua panik! *not to mention we got 2 army captains and one navy along* pon sama2 panik jugak.. (-_-")

Jatuhan Kedua--
masa ni aku da bersedia da ni... siap nak tahan nafas tak nak bg telan air laut, alih2 masa jatuh kepala aku terhantuk dkt kepala kapt.tarzan.. adoiii...sakit gilo, terus telan air ikot hidung, ikot mulut.. bule la agak 1,2 liter.. walaupon rupanya tempat yg dia jatuhkan masa second time ni bule je kaki aku jejak dasar laut....cetek je....
huhuhuhu.......

sampai arini, suara aku da berubah dah, macam org selsema walopon tak selsema.
huh.
muka da burn dah, 1 hari berjemur panas tengok istiadat perbarisan pegawai tentera & g main air kat pD. oke lah tu..


p/s:: aku takde jupe buaya pon kat PD tuh!!!!!!!!!