Sempena bulan bahasa maka saya ingin cuba menulis entri ini dalam bahasa melayu sepenuhnya. terasa janggal dan malu juga bila anak Melayu ini sudah tak betah menulis dalam bahasa ibunda sepenuhnya. :)
~~~~~~~~~
macam mana ye hidup sekarang? sebenarnya saya dah menamatkan perkhidmatan sebagai guru sandaran tidak terlatih di SMK king george V. satu pengalaman yang sangat-sangat berharga, apatah lagi itu merupakan perkerjaan saya yang pertama. seperti biasa, berpisah itu bukan benda yang mudah.
mulai esok, saya akan lapor diri untuk pekerjaan yang sepatutnya. yang wajib. sebabnya sejak hari pertama terima tawaran biasiswa KPTM saya dah sedia maklum jalan hidup ni dah ditentukan. untuk suatu jangka masa yang agak lama. tapi 4tahun dulu mana fikir itu semua, hanya fikir yeah setiap sem dapat duit yang tak perlu bayar semula & lepas habis belajar tak perlu fikir pasal mencari kerja. hmm. pemikiran pelajar tipikal.
masa yang nampak seperti masih lama tu dah tiba. tapi, tetap rasa belum bersedia nak memikul tanggungjawab yang sepatutnya. rasa susah hati kerana tak tahu apa yang patut dijangka. tak pernah belajar selama bertahun-tahun ini untuk menyediakan diri megajar remaja meningkat dewasa. esok pagi kena pergi ke putrajaya untuk sesi lapor diri, mungki juga pada masa itu akan didedahkan dengan skop kerja. mungkin.
lepas ni perlu belajar mulakan hidup sendiri, perlu fikir beban kewangan, perlu fikir rumah sewa, perlu fikir keselamatan. wah banyak benda baru yang perlu belajar. mungkin mudah sikit kalau masa belajar pernah ada pengalaman duduk rumah sewa atau masa praktikal/latihan industri dah tinggal sendiri. tapi langsung tak de pengalaman macam tu. saya sebenarnya risau jugak dengan kemampuan sendiri. tapi bila fikirkan perasaan seperti ni keluar dari fikiran manusia berumur 25tahun, rasa macam tak kena je kan. :)
dan juga masih belum pasti adakah blog ni akan kekal begini bila saya dah melangkah ke fasa pekerjaan kedua. segalanya tak pasti.
lepas ni perlu tinjau2 rumah di sekitar Nilai. oh ya satu benda yang agak teruja adalah untuk dekorasi bilik/rumah sendiri.!
1 comment:
eh nice font...what font ah?
selamat maju jaya di tempat baru :P
Post a Comment