November 30, 2009

Ini pemandangan biasa di tandas awam~

Sape memerlukan apa2 perkhidmatan??

Semalam aku p cityplaza, orang aloq staq kenai la tempat ni.

Pahtu aku p toilet, rupanya banyak lagi la keja tak paedah budak2 laa ni dok buat.

Awat meqela sangat aku pon taktau la. Tak padan dengan pompuan nak tulih benda camni, yala takkan laki pulak yg masuk p tulih kat bilik ayaq pompuan kan??

Tapi sebenaqnya takla pelik sangat….. sebab jamban kat unibersiti aku pon ada jugak tulih benda camni. Hebat lagi kot depa tulih tu..

Sapa tak pecaya sila p jamban lama pompuan dekat Blok BKP.

Kalau yg terpelajaq pon buleh tulih benda macam ni… so kalu setakat di jamban yg masuk kena bayaq dua kupang, apa nak heran, kan???





p.s. aku suka jamban kat jusco midvaley, cantek dan wangiiiiii… siap ada bilik bersolek dgn cermin besaq dgn hair dryer lagii.

Owh yea bule dengaq lagu jugak dalam jamban tu, selesanya…. Hahaha.


November 29, 2009

When boy meets girl.


Boy falls in love,

and girl doesn't.


Bila tengok movie 500days in Summer, tiba2 aku teringat cerita zaman budak2 hingusan dulu.

Zaman2 sekolah.

Aku pernah reject someone juz sebab:

-- Dia smoking.

· D-- Dia sama tinggi dengan aku.

· D-- Dia lagi cerah daripada aku.

Padahal dia memang baek.

Orang first yg cakap ‘I love ur smile’. Speaking of which, he loves something I hate.

Dia selalu kua ‘prep’ awal sebab nak tunggu aku blk, nak sembang2. Tapi aku selalu cepat2 lari. *hello, masa tu aku budak form 4 yg agak naïve. Hee*

Dia buatkan aku cards yg sangat cantek, seriously mmg dia sgt creative. Which is sampai sekarang aku simpan sbb rasa tak sampai hati nak buang.

Letters dia pon creative jugak. And always says words yg aku nak dengar. Err bukan bab2 jiwang2 ye,, tp bab bagi semangat to study.

Dulu, budak2 suka guna perkataan ‘nak kawan’ bagi menggantikan perkataan ‘nak kapel’. Ye aku yg naïve ni anggap orang tu nak kawan la dgn aku, and tak sedar rupa2 nya da kapel ktorg ni. Haha setupid dumb2.

Sebelom pegi masuk training army, mintak tlg bapak poskan surat last utk aku, bg inspiring words sebab aku da nak spm. *pergh sporting sgguh bapak beliau. Huhu*

Happy ending?

No.

We lost contact.

Aku tak kesah, sebab waktu tu aku tak Nampak sume benda2 yg dia da buat tu. Just rasa touching je.

After years,

By fate, we contact back.

Dia leading a gud life, da bergelar kapten pon skrg ni. *fyi, dia bukan kapten tarzan ye.*

Bila aku tengah selongkar barang2 lama yesterday and jupe the cards, terus teringat balik zaman2 dulu.

Pastu terus rasa how ungrateful I was, before. Bila da matured and bule piker sekarang, baru Nampak sume benda as a whole.

Yea, memang rasa macam bodow gile sebab bule reject org sebab dia tu smoking, and LAGI PUTIH…?

Wut de……….

Nonsense gile! Hu-hu.



November 27, 2009

Hey.. Clumsy Pilot!


sekarang,, ramai orang penah menggunakan khidmat kapal terbang utk ke satu2 destinasi.
10-15tahun dulu hanya org yg berpoket tebal saja mampu naek kapal terbang, manakala kebanyakan yg lain hanya mampu memandang dari bawah sambil memasang angan2 yg satu hari nanti mereka akan berada di dalam kapal terbang tersebut.
tapi sejak2 ada airasia ni,, 'everybody can fly'.
cewwah apehal pulak aku bagi tagline kat sini. bajet sedara Tony Fernandes pulakk... =P

takde ahh.. aku nak cite satu story sbenarnya..
okelah meh kita layan story ye!!



Kisah suatu pagi hening di Lcct...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Iman dan Isal mundar-mandir di kawasan airport. dua org kanak2 itu kelihatan teruja. mana tidaknya sekejap je lagi mereka akan menaiki kapal terbang. kelihatan orang ramai berpusu2 utk check-in, jam 5 pagi di lcct kelihatan seperti pukul 12 tghari.

bersama2 mereka ada 3 orang wanita, tapi hanya seorang yg terlibat dalam cerita ini iaitu si baju merah yg kita gelar Cik Bee. Cik Bee seorang wanita muda yg masih single jika dibanding dgn 2orang wanita yg bersama2 dgn beliau.
Isyarat panggilan ke pesawat yg akan berlepas ke Langkawi telah terpampang di skrin.
Cik Bee berjalan laju mendahului ahli rombongannya yg lain. dalam masa yg sama dia memandang pramugari2 yg tersenyum sepanjang jalan. "isk kenapalah aku tak dpt jgk nak jadi pramugari ni", Cik Bee sedikit tidak puas hati kerana sejak kecil dia bercita2 mahu menjadi pramugari, dia berura-ura ingin mentekel abang2 pilot. mahu berkawen dengan kapten, katanya.
Iman dan Isal membontoti Cik Bee, risau kalau2 Cik Bee hilang dari pandangan. Cik Bee dengan anggunnya bergerak menuju ke kapal terbang yg menanti sambil menunggu ahli rombongan yg lain untuk smpai.
tiba2 Cik Bee terlihat sesuatu! ah objek berbaju putih, bertopi hitam sambil menarik beg luggage! sememangnya Cik Bee sangat kenal dengan objek tersebut.
Incek Pilot!
"oh macho nyaaa!!", Cik Bee bersorak dalam hati sambil tersenyum simpul. dari jauh kelihatan incek Pilot tersenyum kepada penumpang2 yg bakal menaiki pesawat tersebut. Cik Bee senyum semanis mungkin, jelas kelihatan beliau cukup teruja dgn kehadiran Incek Pilot.
"haa.. tu la Pilot yg akan bawak kapal terbang ni kejap lagi", Cik Bee bersungguh2 menerangkan kepada Iman dan Isal yg tengah memandang Incek Pilot mendaki tangga ke pesawat. sebaik saja Cik Bee habis menuturkan kata-kata, tiba-tiba Incek Pilot yg dari tadi berperawakan macho dan gagah telah tersadung pada tangga lalu jatuh terjelepok!
Masa seperti terhenti seketika.
Semua penumpang yg berada di bawah memandang Incek Pilot.
Iman dan Isal memandang sesama sendiri dan terus ketawa. merah padamlah muka Incek Pilot yg cepat2 bangun lalu masuk ke dalam pesawat............... hu. hu. hu. (-_-")
dan Cik Bee terus terpegun.



"aiyya... naek tangga saja suda jatuh, kalu lu drive ini kapal haaa.. nati wa talak selamat woooo....."



November 26, 2009

The thinking-closet.


dulu, masa muda2 sket dulu masa time diploma,, aku ada satu habit yg buat aku rasa comfort tp orang laen pulak jd freak-out.
aku suka duduk diam2 dalam almari.
aku akan masuk dalam almari aku ble aku rasa aku too exposed dgn dunia, or bila aku kantoi and rasa nak lari *kalu terjun blok 2 tingkat tu nati sakit pulak kan.*

bila duduk dalam almari tu aku rasa selamat.
aku duduk senyap2, pikir apa yg patot pastu ble rasa macam da dpt solution aku kua la.
aku still ingt ada incident ni,, aku sorang2 kat bilik. masa tu aku tgh bertapa dalam so-called thinking closet aku, then suddenly kawan roommate aku masuk dlm bilik. dia terkejut tengok aku kat dlm almari, muka dia mcm baru telan kapur ble tgk aku pastu cepat2 tutup pintu bilik! hee agaknya dia ingt aku kena histeria ke apa. =P

sejarah
aku start duduk dlm almari ni ble bf aku *skg ni x-bf jela.hee* kantoikan aku. dia guna akak dia punye number n sms dgn aku, so banyakla things yg dia dpt korek. cess masa aku tau tu, terkejut gile dowh.. siap aku lempar henpon sbb terkejut, pastu terus masuk duduk dlm almari dgn harapan sume ini hanyalah mimpi... tehehe.. bongek btol la!

sebab tu antara benda pertama aku cek ble nak stay kat mana2 bilik adalah almari. tapi skg ni, sume almari yg associate dgn aku tak cukup berkualiti utk menampung berat badan kiut aku ni. haih...
sebab tu aku kureng wiser sket skg ni.. sbb da lama tak masuk thinking-closet. *baekk punya alasan. =P*

aku ingat lagi ayat besfren aku,,

miss X : eh bellybutton takde pon dalam bilik dia??
besfren: ye ke... ko da tengok dalam almari???

huhuhu...~~~

err... korang ada thinking-closet macam aku tak???
cepatlaa aku nak buat fan club ni. haha.



November 25, 2009

Hey, im back!


*pose perasan Mahsuri kejap. haha*


dis cuti2,, aku ade snap picca using nikon D5000, tp tak la pandai gle macam freelance photographer. hee.
demi utk me-releven-kan url aku dgn content blog, so entry kali ni aku bagi link utk preview some gamba2 yg d capture masa holidae tu.. sila picit sini



well aku da blk few days ago,, tp pelik lah pas pegi holidae lagi takde mood pulak. hurm.
macam nk tido saja sebulan ni taknak bangun2.

hati rasa bengkak2, tp tak tau kenapa.. sebab apa.. or sebab siapa.


jantung aku ada masalahkah??..






p.s. kan aku da cakap nak sekodeng orang,, tak payah pegi jauh2,, kat hotel tu pon da bule tgk pak2 arab ngan mat2 saleh berjemurannn...heheheh~
(gamba tgh sekodeng di tasek dayang bunting. haha!)


November 21, 2009

..and the evil mind starts to work!!

taddaaa!
heh aku sempat updet lagi eh??
xde ahh.. ni namanya scheduled entry, tak mampu lagik aku nak blogging by henpon, mahai woih.
anyway sekarang aku tgh menyelam kat langkawi sambil skodeng omputih di tepian pantai... ahaha!

nak cekelat dr lgkawi tak??
or..
kaen batek ke??


November 20, 2009

off to Langkawi, again!

hey darling,
i'll be off to langkawi, again!
yea early mownin, tp tix nye pon takde lagi, so esok aku maen redah saja di lcct itu....

kali ni pengembaraan aku ke langkawi maybe akan bwk blk different review utk korang, so wait ya!!

oh, ada apa2 mau pesan kah??

November 18, 2009

The Next Sinful Desire!!



drum roll.........
drooling,, drooling......
sony ericsson Satio!! so attempting!!
ni current sinful desire aku.... haii macam mane nak dapatkan benda cantek ni.. kurang2 mau ada 2.5k tuh.... (-_-")



touch screen, wifi, gps...
definitely the next phone, if im about to get one!
perlukah aku merampok mana2 bank demi sebijik SE satio?? *angguk2 kepala*
hee!


tapi.. harga sama dgn i-phone, or htc...

patot x? features dia aku x sure pulak.
and org salu debate whether i-phone or htc is better,,
sape ade opinion pasal ni?

*cecehh..bersemangat gle, mcm nak beli esok je.. wekk! =P*

army's wife.





tadi aku tengok The Biggest Loser -- Military Wives.
kagum la dgn semangat yg dorang ada, until bule lose weight cmtu.
kalu aku, haihhh... belom tentu lagi cukup keazaman, which is membuatkan aku selalu berdoa lah spaya weight aku more or less tetap macam gini. sampai da kawen sampai da tua. hu-hu.

dalam dorang dok bersemangat cite pasal nak lose weight tu, terselit jugaklah hidden emotion of being military wives...
kene tinggal dgn husband 4,5,6bln... itu belom kalu pegi tempat berperang, yg kemungkinan untuk balik or takkan blk lagi tu adalah sama byk.

aku.. faham perasaan tu, walaupon for now aku just penah lost connection for few months with mr.significant-other *who is an army*, aku da faham perasaan tu. bila dlm masa beberapa bulan tu, ko langsung takde dengar kaba berita for even once, just faith je yg made u keep holding on.
itu bukan betol2 pegi battlefield lagi.

and the connection with bloggers seafarer's ladies buatkan aku lebih at ease. lebih faham.
walaupon berlainan dunia, tp we share the same feeling.
feelin about being tough and be a survivor, as u have only urself to depend when u're alone.

hmm sebenarnya aku taktau la one day when i'll be a mrs.army, adakah aku mampu jadi tough, macam military wives yg laen. will i...?



~

November 16, 2009

Segala Yang Indah Ada di BUTIK eDast!


ni entry sticky mode 72hours ye. latest entry sila skrol ke bawah.

wahai kawan2 ni 1st time i join blog contest ye. mari kte tgk aku ade talent utk win ke tak! hoho!

well, few month before aku ade post entry pasal kedai ni. (sila picit d sini ye)
sebab aku sangat2 senang ati dengan shawl dkt kedai Edast ni. memang cantek! paling penting kedai dia pon cantek dan wangiii.. penting tuh...haa.
ye perkara pertama yg buat aku jatuh centa ialah cantek, cantek, wangiii.
huehehe.. *korang jangan wangi sgt nati aku addicted, sape susah? haa*

disebab kerajinan aku melawat, meng-observe, dan jugak bg humble opinion in making choices kpd customer yg dtg butik Edast ni, secara tak langsung da jadi member x.o.xo dgn owner blog dan jugak mak nye yg sgt kewl. siap bule pegi butik just untuk bersembang gitu. *kadang macik bagi pakej makan keropok lak tu.* heheh.

kata owner blog, kena bagi comment pasal blog ni.

1. okie, personally aku rasa blog ni systematic. mean kalu ko nak beli shawl, ko bule bukak 1 link.. kalu ko nk beli kasut Crocs, ko bule bukak another link.. kira dia tak stuff all in one page.
gud. user-friendly.
2. materials punye visual display pon very clear, i can guarantee u ape yg korang tgk tu is exactly as like yg di kedai.
3. method of payment pon very clear, ko just picit je dkt link on the tab. and ko bule keep track.

as for the room-for-improvement,
aku rasa 1 je kot.. maybe background dia perlu kan something more subtle, pattern yg simple so that viewer akan terus pay attention to the material instead of also looking at the background.
ala mcm law of Powerpoint Presentation, background yg simple2 so that reader focus on d material only. =)

anyway cakap2 je pon tak guna, sila tengok sendiri what dis blog could offer u..

JOM TENGOK!



owh satu syarat lg kena letak gmba tunjuk 'peace'. amek ko, ilang ke-macho-an aku sebagai sorang cekgu. huhu. terpaksa den lotak gamba close-up kat cni. adess. malu nyah..~
sayang2 sekalian tolong 'vote' den yo.. =P



P.s. -- sape2 yg laki tu, beli la something utk meaningful person korang.. mak ke, sister ke, wifey ke, gf ke.. then ko bg address post terus kat umah!
mesti dia itu terharu!
betol la weh.. perempuan sgt menghargai kalu korang buat surprise utk dorang. tapi takkanla dia nk bg tau camtu, so mai sini aku tolong habaq. hee.



November 15, 2009

I like guy[s] because im straight.


semalam aku pegi nonton Time Traveler's Wife.
conclusion,, kalu benda tu jadik dalam life aku.. aku nak jadik yg lelaki, not the wife. hee.


1st scenery

tgk movie dkt mid, so we're heading back home by tren.
as usual tren komuter punyala bersesak, dengan lambatnya.. tak payah cakap la sume orang tau. dengan sesedap rasa aku menerjah masuk. pendek kata, dlm tren tak payah berpaut pada apa2 pon gerenti takkan jatuh sebab takde tempat utk jatuh hee.
dalam kesesakan orang ramai tu, aku ade nampak satu pasangan ni. hmm loving habes. hug2 tightly gitu, kat mata tu macam ade tulis 'kami cinta' ...
hmm soo sweet.....
hah kalu aku kasik opinion mcm ni dkt other-half aku, sure dia lecture.
konsep lecture?? "apa-pegang2-tak-halal-lagi."
huhu, wut to do perception ktorg sgt berbeza.
aku ngn dia mcm itik dgn ayam.
itik ada gelung 'angel' atas kepala, ayam ada tanduk 'evil'.
and of course lah ayam itu adalah aku! haha.

tapi yg paling menarik perhatian aku adalah dua2 lover ni rambut panjang, pakai lipstick.
they wore bra. too.
pikir2 balik, patot kah aku touched dengan loving emotion itu?
pastu cuba imagine aku dalam situation mcm tu..
'oke now-imagine-i-hug2-kish2-a-girl' punya moment.
....
.....
......
ok. stop. stop. stop.
focus, focus. im straight. ingat tuh!! huhuhu~


syium sikettt.....


2nd scenery

pastu, tertarik pulak dgn sorang pempuan pakai eyeliner kat d other side, same tren. oh well aku mmg teruja dengan pemakaian eyeliner yg vogue so sape pakai eyeliner kewl gle sure aku tak kelip2 pandang.
dalam ramai2 org kat tren tu, beria2 aku menjenguk jugak kepala ni nak tengok tuan punya rupa dan body.
err.. isk laen sket rupa paras dia nih, tp aku tak dpt recognize what was it. aku then buat conclusion ni mesti chindian (chinese+indian) *skrg ni mood berkenan chindian.huehehe*
baru nak start rase jelesh sbb perempuan tu chindian; when suddenly aku dengar dia bercakap..................
oOppss!
garau suara mak, nyah..........




tsk..tsk.. -_-''

tertipoOo lagi wahai belly-button.
adess..
aku ingat pempuan.. tup2 separa pempuan!
tapi boobs-job dia nicely done ah! mcm real.
rasa mcm nak puji saja. haha!


November 12, 2009

Ampun Bapak..!! Ampun...


*issue MukaBuku*


2,3 hari lepas.. aku telah sentap apabila on9 fesbuk lalu tengok ada muka bapak aku dkt friend request!!

camne pulak bapak bule jupe aku dalam fesbuk ni??!

arghh.. tiba2 rasa semput time tu jugak!
pastu tgk friend request 1 lg.. dr cikgu aku merangkap kawan bapak aku!
aik.. angkut kroni kah..??
arghh.. aduh2 makin tak bule bernyawa! i need air..huhuh~

adakah kerjaya hitam aku ber-aktif dalam dunia internet bakal berakhir dgn wujudnya "supervisor" di dalam page aku??

sampai sekarang friend request itu aku buat2 tak nampak.
konon2 macam tak online la kann.. *huehehe..gelak jahat!*
err seb baek bapak tak msg tanya aku da add belom.
isk........

  1. adakah ku patot approve?
  2. adakah ku patot ignore?
  3. adakah ku patot add dalam another fesbuk acc. yg lebih decent supaya bapakku berpuas hati?


yea maybe la aku ade colloboration dgn diva2 ni dalam fesbuk aku,,



so ko rase aku bule add bapak kah???
hee.





November 11, 2009

bapaknya..mau kan nya, jadi seorang askar...

see,
see,
see.

aceley aku adalah sorang tentera.
panggil aku, kapt belly-button. *muka serious ni*
.
.
.
.
.
.
.



err...
da mula tunjuk true color...

.
.
.
.
.
.
.
.


err..
tak dapat diselamatkan lagi!
*sigh*


(~_~'')


i was doing a monologue task back then, i acted as an army..

synopsis of d monologue: she was trapped in men dominated world as she tried to fulfil her dad's expectation.
so kononnya dalam monologue ni dia nak marahla kepada world yg being unfair to her. cehh.

TAPI, comment dr lecturer aku adalah, "though u're angry, ur voice intonation, but i can see ur smile"
demm ah.
aku mmg tak reti nak show anger, sampai lecturer aku siap tanya when was d last time i was angry? what did i do to let go my anger?
demm lagik.
sbb aku cakap "i think it just a waste of time to entertain d feeling."
oke. shut. up.

tadi godek2 album terjumpa gamba2 ni.
well.. mane bule aku jadik army, tercabar kapt.tarzan nati... haha..
so jadik sopaholic sudehh...



TAPI,
jadik army, navy, air force, police, nurse sume bagus oke.
ko pakai baju tu jela pegi keje, tak payah pikir tiap2 pagi nak kena bukak almari, berdiri depan almari selama 1/2 jam sebab pikir nak pakai baju apa.
jugak tak perlu tanggung risiko budak datang depan ko dgn muka confident dan kata,

"eh teacher, semalam bukan ke dah pakai baju ni???"

dan buatkan ko rase seperti mau lempang orang.
tsk..tsk..






note: bila tarzan masuk hutan, emosi seorang jane agak abnormal. harap maklum~

November 10, 2009

raya tahun ni... dalam banjir lg ke..?

ada satu hari raya haji tu,,
aku sorang2 je yg dalam kampung tu, yg bersemangat pakai baju kurung di pagi raya.
seriously.
orang laen sume macam tak realize pon hari tu adalah hari raya.

and sebab nak elak air banjir yg separas pinggang, aku rela ikot jalan jauh nk masuk kampung umah tok. adik aku gelak2 kat aku.
oh ye, dia pon trmasuk dalam golongan yg pakai tracksuit dgn t-shirt saja. *ni mmg amek kesempatan sbb dia lg suka tak payah pakai baju raya.*




ni la gamba raya taun tu, kazen aku slambe je pakai t-shirt,
hari raya nih oke.


err.. dalam kampung tu, ai sorang je yg mood raya!
huehehe..






tadi mak sdara aku call, habaq kata ayaq da masuk dalam bahagian dapoq umah tok.
haiii......... raya tahun ni dalam banjir lagi ka??



November 09, 2009

nak mintak tulong, bule??

sape bule tulong jawab kemusykilan aku??


nak tanya pasal blog url ni..
aku tgh berkira-kira nak tuka url blog ni.
pasal ramai yg bertanya aku ni blog pasal gamba ke? aku photographer ke?
apa?
jurugambar??
wahhh.. jauh panggang dari api, setakat macam sotong dibakar atas api barbeque ada ler.haha.

actually masa first aku create blog ni, aku punya intention is to post gamba yg aku rasa aku nak share dgn people. so called a-picture-says-thousand-words gitu.. haa..
tp menyedari kekangan2 yg aku alami seperti aku asek amek gamba guna henpon, kamera malaih bawak, malaih nak transfer gmba ke laptop, dan jugak usb port yg ntah letak kat mana2.. so aku pon meng-kenselkan niat aku.
ditambah pulak rasa malaih nak bubuh gamba sniri kat blog ni.
haa notice tak berapa perkataan 'malaih' yg aku guna?? haha!

persoalannya skrg *pehal lak ni skema gle ni??*

1-- kalau aku change url,
adakah url blog ni yg kat dalam dashboard agent2 follower jugak akan otometik bertuka ke url baru?
or still as url lama?

2-- kalu aku change url,
adakah perlu bagi short notice dulu? supaya guest2 kat umah blog aku ni tak heran kenapa tiba2 blog aku da tak wujud *ble depa klik url yg lama tu*

sape2 tau tolong ye bg tau.
sebab aku rasa url name photography-is-me tu da tak relevan dgn content blog aku skrg.
*tak bersedia lg nk buat confession melalui gamba. hu-hu*

3-- atau pon,,
baik biar je url ni cam gini?




aduhh gimana dong.....

November 08, 2009

Kelantan kalah Piala Malaysia --> bakpo gak baloh gini mo nih...


"ore oyak doh jange dok baloh, baloh smace..
nok wak malu ko nik aziz bakpo?"

-- mumy meluahkan ketidakpuasan hati nye...

*taken from kosmo online*


this is predicted. haih~
aku xminat bolllaaa,, tp incident ni mcm da terjangka akan terjadi.
bakpo la wak gini gak,,
baling mercun,
bakar kerusi.
selama ni sesetengah org da ada negative thought about kelantanesse, jadi pulak incident gini.. really not helping.

extreme sgt football msia nih, kalu english football club ada kes mcm ni jugak ke?? tlg bg tau aku, sbb aku mmg tak minat bola, mmg tak tengok pon.
oh yea, tp sokong real madrid.. sbb ade Raul Gonzalez yg ensem. (-_-")
and yea, pegila mane2 pon si beckham, aku akan minat dia. bkn football club yg dia play tu. huehehe....

well jadik kes gini.. terasa jugak tempiasnya, coz dale umoh ni ore klate blako.
seremban is just our nest.


komen mumy::

mumy: "kito takpo, kito ore nogori lo ni. haha. nk menang guano klate dok nunjuk pranga gedebe." (kite takpe, da jadi org n9 dah skrg ni. nak menang mcm mana kelantan dok tunjuk perangai indecent. )

aku: "tok kelik agi ko demo tuh?"(tak blk lagi ke diorg tu?)
*merujuk kepada sdare2 dr klate yg pegi tgk bola smlm*


mumy: "mano,, sha'ari tokleh kelik agi cari jale tok jupo, klate kaloh." (nak blk ape, sha'ari da frust kelantan kalah. tak jupe jalan blk dah)

huhuhu..~




November 06, 2009

7 Deadly Sins --> and dis is my number 1




Pride.
Envy.
Anger.
Gluttony.
Lust.
Greed.
Sloth.


i committed a sin for.
i did something i shouldn't.
well not really gila2 seriouslah seperti menumbuk atau pelempang jepun pada seseorang walaopon teringin gila aku nak buat mcm tu.

what's d sin??
^_^ takkan aku nak maen write je kot......
yg membuatkan benda tu jadik sin adalah kerana aku takde permission utk buat begitu.
well isn't in life people tends to break the rule?

untuk perasaan anger ni aku berhak feel macam ni,
bila ada orang cuba2 nk test patience aku. tak cukup dgn kepunyaan sendiri, nak cuba try yg kepunyaan org laen,, ada ka patot?

contohnya:: mcm masa ko tadika ko ada keta control, ramai org berkenan keta control ko, so ko baek2 kasik dorang maen jgk. sampai kadang2 org tak tau tu keta control ko punya. tiba2 ko perasan ada satu budak ni bila da bunyik loceng skola, org laen suma da balik tp dia dok renung2, pegang2 keta control ko lagi... siap mcm nk bwk balik je..... ko marah tak??!
AKU. MARAH. oke.

oke itulah metaphor kepada issue yg buat aku marah skrg.
*takkanla skg ni aku nk marah psl keta control lakk.. (-_-") *

well. kalu aku tak suka something, aku akan let d person know.
so after aku encounter dgn so-called sin tu,
aku msg si orang ini dgn hanya satu ayat yg pendek.

"aku tak suka ko."


mula2 penyakit lembut ati aku ni masih berbaki lg... rs mcm tak patot pulak menyentuh perasaan org sebegitu rupa. lg pon muka org tu suci murni gitu.
tapi,
bila dia jawab satu patah ni,

"so?"

hah tekaan aku memang tak silap.
kalu org yg naive n tak salah of coz la akan atleast wonder why ada org bule directly ckp mcm tu pd dia. *coz dia taktau pon pasal apa yg aku da buat and why*

oh.
aku pon senyum, so u're not as innocent as other people thought u're.
memang btol la intuition aku. skg ni byk sangat org yg pandai berlakon.
so wahai manusia,,
ko memang deserve be the cause of the deadly sin - anger!

really2 dont like u.
really2 dont like u.
really2 dont like u!

November 04, 2009

Blog Issue: you hate me more, u read me even more??






apa tujuan ko ada blog?
apa tujuan ko post entry dalam blog?

ramai org make their blogs as the place to let some piece of their mind float in the air, ade orang buat bisnes, ade org buat gossip hiburan, ade org gossip pasal org, ade org cerita pasal everyday's life, ade org tulis to impress his/her reader..
pendek kata, macam2 function.

bagi aku, blog ni hak milik peribadi tuan punya url n blogger account.
ape dia nak tulih, lantak pi lah kat dia.
prinsip aku senang je, kalu aku suke entry org ni.. aku akan pegi slalu kat blog dia.. most of the time aku jadik silent reader.
kalu aku rasa tak suke, ok im done. aku da tak pegi visit.
simple saja. takde penin2 kepala ke apa.
tapi yg aku tak faham sampai org bule bergado2 sebab blog ni kenapa?

oke 1st example, aku suka baca blog c33ramOOn sebab dia byk bagi tutorial. pastu ade one time, ntah kat mana salahnya ade org stat comment pelik2 mengutuk di shoutbox dia. follower dia yg len lak tumpang fight n defend dia. tp dia kewl saja. tak ikot marah2 kat situ.
kes nya kat cni-- aku heran betol la.. kalu ko da rasa tak suka nak baca org tu asek cerita pasal laki dia ke, keta dia ke, ape ke,.. ko tak payah la pegi baca,kan?
kenapa nak marah2?
kalu ko nak baca ape yg ko nak, ko buat arr blog snirik.
betol tak?

2nd example, aku ade kenal one sweet lady masa bday bethrishya/reunion seafarer's club. salu gak aku pegi baca blog dia, fyi blog dia memang dedicated to hubby dia. tapi, ada jugakla anasir2 yg tak puas ati dgn cara penulisan lady ni, things became worst and this lady decided to off her blogger account. hmm. rugi kpd org2 yg ske baca writing dia.

hmm banyak lagi lah kes2 camni. org zaman skg da tak bertarik rambut di dlm real world, tp da start tarik rambut dalam wireless world pulak. sungguh budak2.

and just now,,
aku ada baca perkara sebegitu jugak di one blog. readers mengutuk2 tuan blog and all.
wth??
setuju tak aku kata kalu ko tak suka baca, ko tak payah pegi view. delete trus url org itu. perlu ke ko nak pegi and baca dan terus membaca dan start commenting here and there.
haa.
if u dont like something, that doesnt mean all people dislike it, too.


so far, sepanjang blog ni wujud aku tak penah lagi mengalami masalah sebegitu.
awal2 lg aku da state purpose blog aku, *kalu rasa xpenah baca, sila skroll di tab sebelah kanan blog aku*,
aku nak tulih hape je yg aku ske.
pasal aku ke, pasal life aku ke, pasal dunia hiburan ke, pasal makcik kafe ke, pape jela.

aku mmg suka hyperbole,
aku mmg suka berimaginasi.

aku sgt appreciate every reader, tapi kalu yg nak jadi tukang comment tak membina,,
sila jangan dtg blog aku.
kalu dtg jugak, mesti org tu la yg ada masalah. bukan aku.



p.s. final exam da abeh. bahagia oh.

November 03, 2009

Top 5 Things I Hate That Everyone Else Seems to Like!


semua orang ada benda kegemaran dan jugak benda membencikan, 'aka' like and dislike.
macam mana kalu benda ko dislike tu actually ramai orang suka sebenarnya..? kira benda itu mungkinlah tak layak masuk kategori benda eye-sore, and mesti ramai tak setuju dgn ko punyelah!
cam gini, aku ada beberapa benda yang aku amat2 lah tak suka, tp aku nampak ramai orang suka.
oke benda2 yg berjaya masuk dalam kategori ini adalah.......


  • 1. rancangan Sesame Street.
duhh! aku dari kecik lagi da meluat tgk rancangan ni, sungguh menderita bila adik2 o kazen laen melayan cerita ni lalu aku kena tgk sama2. aku rasa aku tak suka puppet kot. and pembelajaran mengeja 'apple', 'book', 'bookS' dalam sesame street adalah gagal utk budak kecik seperti aku. ape name puppet kaler biru yg ske cookies pastu duduk lam tong sampah tu?? haa.. aku salu rasa dia bodow sbb nak duduk dalam tong sampah. (-_-")

TAPI ramai orang ske kan??? alaa masa hang kecik2 dulu tu la..



  • 2. cite Alice in Wonderland!
tak suka! tak suka! tak suka!
sebab... kejap2 nyanyi! kejap2 nyanyi! pastu masuk pintu ni la, kua pintu itu la. haih memeningkan kepala aku saja. pastu aku pantang benor cite yg ending dia.. Mimpi. so menambah dabel tripel ketidaksukaan aku terhadap Alice and dunia dia.

TAPI ramai orang ske kan???



  • 3. Oreo Cookies
oke yg ni special case sket. dolu aku suka. suka tahap tiap2 hari aku makan masa form 4. sampai 1 hari, aku tengok plastik oreo pon da nak muntah. nampak kawan aku guna mug oreo pon rasa nak uwekk. sampai lah sekarang ni aku da meluat oreo. walopon eskrem Mc D mC Flurry ade oreo, aku tetap takkan beli yg itu! aku wish McFlurry Oreo tu tak laku! *tu dia aihh.. emo sgt kot!*

TAPI ramai orang ske kan???



  • 4. American IDOL
percayalah setiap tahun aku berusaha utk suka AI, tapi tak berjaya! sebab ape tak suka?? takde sebab. oh tapi taun ni aku kenal finalis dia, tu pon sebab tiba2 ternampak Adam Lambert yg hensem terus angau. pastu dapat tau dia gay. demm! aku memang tak ske AI....


TAPI ramai orang ske kan???



and last but not least....

  • 5. Air Coke
oke sila bagitau aku sape tak ske Coke?? well. aku tak suka, even aku takkan dapat abehkan setin air gas. bukan sebab menjaga badan ye tp sbb memang tak suka. since tak suka ni, aku nak bagi tau Coke banyak gila ah gula,, pastu very bad lor for ur health.. tak pecaya?? sila baca ni (credit to aisyasufia blog)

cehh kalu da tak suka tu macam2 la kan. haha.





Ko mesti penah experience feeling camni, kan.
what is the thing that YOU-Hate-but-Everyone-Else-Seems-to-Like??