November 27, 2009

Hey.. Clumsy Pilot!


sekarang,, ramai orang penah menggunakan khidmat kapal terbang utk ke satu2 destinasi.
10-15tahun dulu hanya org yg berpoket tebal saja mampu naek kapal terbang, manakala kebanyakan yg lain hanya mampu memandang dari bawah sambil memasang angan2 yg satu hari nanti mereka akan berada di dalam kapal terbang tersebut.
tapi sejak2 ada airasia ni,, 'everybody can fly'.
cewwah apehal pulak aku bagi tagline kat sini. bajet sedara Tony Fernandes pulakk... =P

takde ahh.. aku nak cite satu story sbenarnya..
okelah meh kita layan story ye!!



Kisah suatu pagi hening di Lcct...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Iman dan Isal mundar-mandir di kawasan airport. dua org kanak2 itu kelihatan teruja. mana tidaknya sekejap je lagi mereka akan menaiki kapal terbang. kelihatan orang ramai berpusu2 utk check-in, jam 5 pagi di lcct kelihatan seperti pukul 12 tghari.

bersama2 mereka ada 3 orang wanita, tapi hanya seorang yg terlibat dalam cerita ini iaitu si baju merah yg kita gelar Cik Bee. Cik Bee seorang wanita muda yg masih single jika dibanding dgn 2orang wanita yg bersama2 dgn beliau.
Isyarat panggilan ke pesawat yg akan berlepas ke Langkawi telah terpampang di skrin.
Cik Bee berjalan laju mendahului ahli rombongannya yg lain. dalam masa yg sama dia memandang pramugari2 yg tersenyum sepanjang jalan. "isk kenapalah aku tak dpt jgk nak jadi pramugari ni", Cik Bee sedikit tidak puas hati kerana sejak kecil dia bercita2 mahu menjadi pramugari, dia berura-ura ingin mentekel abang2 pilot. mahu berkawen dengan kapten, katanya.
Iman dan Isal membontoti Cik Bee, risau kalau2 Cik Bee hilang dari pandangan. Cik Bee dengan anggunnya bergerak menuju ke kapal terbang yg menanti sambil menunggu ahli rombongan yg lain untuk smpai.
tiba2 Cik Bee terlihat sesuatu! ah objek berbaju putih, bertopi hitam sambil menarik beg luggage! sememangnya Cik Bee sangat kenal dengan objek tersebut.
Incek Pilot!
"oh macho nyaaa!!", Cik Bee bersorak dalam hati sambil tersenyum simpul. dari jauh kelihatan incek Pilot tersenyum kepada penumpang2 yg bakal menaiki pesawat tersebut. Cik Bee senyum semanis mungkin, jelas kelihatan beliau cukup teruja dgn kehadiran Incek Pilot.
"haa.. tu la Pilot yg akan bawak kapal terbang ni kejap lagi", Cik Bee bersungguh2 menerangkan kepada Iman dan Isal yg tengah memandang Incek Pilot mendaki tangga ke pesawat. sebaik saja Cik Bee habis menuturkan kata-kata, tiba-tiba Incek Pilot yg dari tadi berperawakan macho dan gagah telah tersadung pada tangga lalu jatuh terjelepok!
Masa seperti terhenti seketika.
Semua penumpang yg berada di bawah memandang Incek Pilot.
Iman dan Isal memandang sesama sendiri dan terus ketawa. merah padamlah muka Incek Pilot yg cepat2 bangun lalu masuk ke dalam pesawat............... hu. hu. hu. (-_-")
dan Cik Bee terus terpegun.



"aiyya... naek tangga saja suda jatuh, kalu lu drive ini kapal haaa.. nati wa talak selamat woooo....."



2 comments:

shasha said...

alamak..ilang langsung kemachoannya...

Belly-Button said...

tulahh pasal......hahaha